Hai bertemu lagi kita. hari ini kami nak bercerita tentang binatang paling pantas di muka bumi ini. Boleh dikatakan majoriti haiwan di afrika mempunyai kelajuan yang luar biasa. Mungkin itulah anugerah yang dikurniakan oleh sang pencipta kepada mereka untuk memburu atau menyelamatkan diri dari pemangsa.
Usain bolt manusia terpantas di atas muka bumi ini pun belum tentu selamat kalau di kejar oleh binatang-binatang ini. Jom Kami senaraikan.
10. Rubah. Dengan Kelajuan maksimum 67 Kilo meter per jam.
Rubah atau musang ini antara binatang yang licik. Ia menggunakan kecepatannya untuk memburu arnab, tikus dan burung pada waktu malam. Rubah ini dikategorikan dalam keluarga serigala cuma bentuk tubuhnya sahaja yang kecil. Fizikalnya hampir sama dengan kucing dewasa. Apa yang istimewa tentang rubah ialah ia boleh melihat medan magnet dan kemampuan ini adalah kelebihan untuk mereka memburu mangsa.
10 binatang darat paling pantas berlari di planet bumi
9. Koyote. Dengan Kelajuan maksimum 68 Kilo meter per jam.
Binatang ini juga dalam keluarga serigala dan suka memburu pada waktu malam. Binatang pemakan daging ini hidup berkelompok dan sentiasa memburu sepanjang musim. Mangsa yang sering diburu adalah rusa, tupai,tikus dan arnab. Apabila ia memburu secara berkumpulan biasanya mereka mensasarkan mangsa yang besar.
8. Dubuk. Dengan Kelajuan maksimum 72 kilo meter per jam.
Dubuk bergerak secara berkumpulan dan terkenal dengan pemakan sisa bangkai. Selalu bersaing dengan pemangsa lain dalam pemburuan makanan terutama sekali singa. Ia dikatakan memainkan peranan penting dalam menjaga ekosistem afrika kerana ia boleh makan apa saja bangkai dan tidak memilih makanan. Binatang ini mempunyai jeritan seperti orang ketawa dan yang menakutkan ia boleh di dengar sejauh 5 kilo meter. Ada pendapat mengatakan otak dubuk sebijak otak monyet.
7. Rusa Besar. Dengan Kelajuan maksimum 73 kilo meter per jam.
Walaupun mempunyai tubuh yang besar, rusa besar berlari sangat laju untuk melarikan diri dari kumpulan pemangsa. Deria rusa sangat sensetif dan kebiasaannya rusa ini bergerak secara berkumpulan. Mereka sering di serang hendap oleh singa. Apa yang menarik tentang rusa adalah mereka tidak mempunyai aroma khusus dan susah dikesan oleh pridator.
6. Kuda. Dengan Kelajuan maksimum 76 kilo meter per jam.
Kuda adalah binatang yang sinonim dengan pengangkutan utama manusia sejak ribuan tahun lagi. Saiz badan kuda dengan otot yang kental
menjadikan kuda adalah pengangkutan terlaju sebelum wujudnya motorsikal dan kereta. Di katakan kuda akan bernafas dengan lebih tenang apabila dalam keadaan berlari. Maka tak hairan kuda boleh lari dengan lebih lama dari binatang lain.
5. Rusa Thomson. Dengan Kelajuan maksimum 81 kilo meter per jam.
Nama ini digelar sempena nama orang pertama yang menemukan nya bernama Joseph Thomson. Rusa ini mempunyai bentuk fizikal yang cantik, ringan dan mempunyai kecepatan yang luar biasa. Tak mudah untuk menangkapnya kerana dikatakan ia cerdik berbanding rusa lain. Namun rusa ini semakin di ancam kepupusan kerana setiap tahun populasinya semakin menurun.
4. Singa. Dengan Kelajuan maksimum 83 kilo meter per jam.
Raja binatang ini dikatakan mempunyai kelajuan yang sangat luar biasa apabila tengah marah. Kebiasaannya singa betina yang memburu makanan manakala singa jantan sangat pemalas. Singa juga mempunyai deria penglihatan dan pendengaran yang sangat tajam. Singa dikatakan boleh mendengar gerakan mangsanya sejauh 1.6 kilometer. Sangat menakutkan deria pendengaran singa.
3. Wildebeest. Dengan Kelajuan maksimum 85 kilo meter per jam.
Wildebeest juga dikategorikan sebagai antelop terbesar. ia hidup liar dengan kelompok yang sangat besar. Kebiasaanya ia hidup berkelompok dengan kuda belang. Daging binatang ini menjadi kesukaan singa. tetapi untuk mendapatkannya singa harus kejar dengan sangat laju kerana binatang ini antara yang terlaju di afrika. kaki yang slim itu mampu berlari lebih laju dari singa jika sangat terdesak.
2. Antelop. Dengan Kelajuan maksimum 98 kilo meter per jam.
Haiwan afrika ini dikatakan mirip dengan rusa. Ia mempunyai tanduk tak kira sama ada ia jantan ataupun betina. Di katakan antelop mempunyai kelajuan yang berbeza-beza. mungkin kelajuan sebenarnya melebihi dari apa yang direkodkan. Jika dikejar mungkin susah nak mendapatkannya tetapi bila di serang hendap mungkin senang. Binatang ini sering menjadi buruan singa dan dubuk pada waktu malam.
1. Tak lain dan tak bukan ialah Cheetah. Dengan Kelajuan maksimum 112 kilo meter per jam.
Cheetah mempunyai bentuk fizikal yang sangat aerodinamik. Mempunyai kaki yang panjang, tubuh yang ramping dan ekor yang mengawal keseimbangan. Maka tak hairan ia adalah juara keseluruhan dari binatang darat yang ada di muka bumi ini. Cheetah hanya memerlukan 3 saat sahaja untuk memecut sehingga 100 kilo meter per jam. Kelajuannya dibandingkan dengan sebuah super kar lamborghini aventador yang juga mampu memecut selaju itu. Cheetah memburu pada waktu pagi dan petang. Anak Cheetah juga sering menjadi mangsa buruan
singa dan dubuk kerana mempunyai tubuh yang kecil.