Senarai ini adalah berdasarkan pada tahun semasa 2022.
Filem kebiasaanya menjana pendapatan daripada beberapa aliran hasil termasuk teater, cakera padat, penyiaran televisyen dan barangan
dagangan. Walau bagaimanapun, pendapatan box-office atau dengan kata lain pecah panggung ialah metrik utama dalam menilai kejayaan sesebuah filem.
Secara tradisinya, filem perang, komedi dan seram telah menjadi genre yang paling popular dan digemari di kalangan rakyat Malaysia, kebiasaanya filem frencais telah menjadi dominasi filem yang paling laris di abad ke-21.
10 filem Malaysia yang mempunyai kutipan paling tinggi
Frencais bagi siri filem Munafik telah mencatatkan penerima kutipan tertinggi siri filem dan filem Malaysia setakat ini, dimana filem Munafik 2 telah memegang rekod sebagai filem Malaysia yang mempunyai kutipan tertinggi serta filem Munafik yang pertama juga turut memegang filem Malaysia yang ke-12 yangn mempunyai kutipan tertinggi, kedua-dua buah filem ini telah menerima kutipan sebanyak RM 67 juta.
Turut diikuti oleh frencais siri filem Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah, kedua-dua frencais siri filem ini adalah arahan Allahyarham Mamat Khalid dan mencatatkan kutipan sebanyak RM 48 juta.
Okey. itu serba sedikit tentang info perfileman negara. Jom kita pergi kepada senarai 10 filem malaysia yang mempunyai rekod kutipan tertinggi box office.
10. Polis evo. Tahun 2015.
Pengaran adalah Ghaz Abu Bakar.
Filem Aksi Komedi yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Nora Danish.
Kutipan box office sebanyak RM 17.74 Juta.
9. Abang Long Fadil 2. Tahun 2017.
Pengarah adalah Syafiq Yusuf.
Filem aksi komedi yang dibintangi oleh zizan razak, syamsul yusuf dan AC mizal.
Kutipan box office sebanyak RM 18.15 Juta.
8. Polis Evo 2. Tahun 2018.
Pengarah adalah Joel Soh dan Andre Chiew.
Filem Aksi komedi yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Hairul Azrin dan Hasnul Rahmat.
Kutipan box office sebanyak RM 22.45 Juta.
7. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Tahun 2019.
Pengarah adalah Razuri Roseli, Adam Amiruddin dan Syed Nurfaiz.
Filem animasi pengembaraan Malaysia yang dibintangi oleh Upin dan Ipin.
Kutipan box office sebanyak RM 26.2 Juta.
6. Paskal. Tahun 2018.
Pengarah adalah Adrian Teh.
Filem aksi ketenteraan Malaysia yang dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian dan Henley Hi.
Kutipan box office sebanyak RM 28.98 Juta.
5. BoBoiBoy Movie 2. Tahun 2019.
Pengarah adalah Nizam Razak.
Filem animasi komedi adiwira Malaysia yang dibintangi oleh Boboi boi dan kawan-kawan.
Kutipan box office sebanyak RM 30 Juta.
4. Ejen Ali: The Movie. Tahun 2019.
Pengarah adalah Usamah Zaid Yasin.
Filem animasi perisikan Malaysia yang dibintangi oleh Ejen Ali.
Kutipan box office sebanyak RM 30.05 Juta.
3. Hantu Kak Limah. Tahun 2018.
Pengarah adalah Allahyarham Mamat Khalid.
Filem seram komedi Malaysia yang dibintangi oleh Awi, Allahyarham Rab Khalid dan Delimawati
Kutipan box office sebanyak RM 36.23 Juta.
2. Munafik 2. Tahun 2018.
Pengarah adalah Syamsul Yusuf.
Filem seram Malaysia yang dibintangi oleh Syamsul Yusuf, Fizz Fairuz, Maya Karin dan Nasir Bilal Khan
Kutipan box office sebanyak RM 48 Juta.
1. Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan. Tahun 2022.
Pengarah adalah Syamsul Yusuf.
Filem biografi epik sejarah malaysia yang dibintangi oleh adi putra, beto kusyairy dan Yayan Ruhian.
Kutipan box office sebanyak RM 90 Juta dan masih ditayangkan semasa video ini di terbitkan.
Yang paling menariknya, filem mat kilau telah memadamkan rekod filem frencais antarabangsa Avengers End Game yang memegang rekod kutipan tertinggi sebanyak RM 87.5 juta semasa di tayangkan di malaysia.