Malaysia terdapat banyak pulau-pulau cantik yang bertaraf dunia. Antara pulau yang paling popular di malaysia adalah pulau pinang. bukan sahaja pulau tapi juga adalah sebuah negeri di malaysia. Tapi hari ini kami tak nak bercerita tentang pulau pinang.
Tapi hari ini kami nak kongsikan 10 pulau yang tercantik ada di malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan, terutama sekali musim cuti sekolah. Setiap pulau-pulau ini mempunyai keistimewaan dan kecantikkan yang tersendiri. Rakyat malaysia tak perlu berbelanja lebih untuk keluar negara kerana pulau di dalam malaysia sendiri memang dah cantik.
10 pulau tercantik di Malaysia
Malah pelancong dari luar negara pula yang datang ke sini untuk menikmatinya. Okey, tanpa buang masa, jom kami senaraikan.
10. Pulau Rawa.
Pulau ini terletak di mersing Johor. disebabkan pulau ini menjadi tumpuan burung merpati, maka disebabkan itu lah ia digelarkan pulau rawa yang bermaksud merpati. Pulau ini istimewa kerana pasir pantai yang putih bersih dan dikelilingi laut yang membiru membuatkan pelancong berasa tenang dan nyaman apabila tiba di sini.
Pulau ini tidak besar dan boleh diterokai di setiap sudut sepenuhnya oleh pelancong yang gemar aktiviti trekking yang sederhana.
9. Pulau Besar.
Pulau ini juga terletak di mersing Johor. terletak kira-kira 15 kilometer dari pantai daerah mersing dan memerlukan 30 minit untuk sampai dengan menaiki bot. Sejarah pulau ini dahulunya digelar Pulau Babi Besar kerana banyak babi yang berkeliaran di pulau ini satu ketika dahulu.
Namun hari ini ia di beri nama Pulau besar dan tiada lagi babi yang bebas berkeliaran di sini. Pelancong boleh menikmati percutian dengan tenang dan selamat. Pulau besar ini lebih digemari oleh pelancong yang suka pada suasana sepi dan tenang kerana tidak ramai orang yang tahu tentang pulau ini kerana kurang popular dan publisiti umum.
8. Pulau Mabul.
Pulau ini terletak di Negeri Sabah. Pulau Mabul antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Merupakan satu pulau yang mempunyai perairan cetek dan sesuai untuk aktiviti menyelam yang ringan.
Pulau ini terletak jauh dari daratan dan mempunyai suasana tenang yang sukar gigambarkan dengan kata-kata. Korang boleh panorama matahari terbenam yang sangat indah di sini dan pada waktu malam pula boleh melihat ribuan bintang dengan sangat jelas.
7. Pulau Redang.
Pulau cantik ini terletak di negeri Terengganu. Merupakan salah satu pulau yang terbesar di pantai timur.Pulau ini merupakan pulau yang sering dikunjungi oleh penyu-penyu yang ingin bertelur.
Disebabkanitu pulau ini antara hab terpenting dalam menjaga spesis penyu yang semakin pupus di dunia. pelancong boleh melihat secara dekat penyu yang ada di sini. Pulau redang adalah destinasi pelancongan yang sesuai dan banyak aktiviti bersama famili boleh dilakukan disini.
6. Pulau Perhentian.
Pulau ini terletak sejauh 19 kilometer di pantai besut terengganu. Pulau perhentian terbahagi kepada 2 pulau iaitu Perhentian Besar dan Perhentian kecil. Apa bezanya?. Pada pelancong yanggemarkan ketenangan, aktiviti famili, membeli belah, resort mewah, perhentian besar lebih sesuai.
Manakala perhentian kecil lebih sesuai pada pelancong berjiwa muda yang sukakan aktiviti mencabar atau lasak. Perhentian kecil sering jadi pilihan untuk pelancong back pakers kerana banyak penginapan bajet ada di sini.
5. Pulau Kapas.
Pulau Kapas terletak 6 kilometer dari jeti marang terengganu. Pulau kapas dikatakan sebuah destinasi pilihankerana mempunyai suasana yang cantik dan tenang. Percutian di sini juga dikatakan murah berbanding dengan pulau-pulau yang lain. Pulau ini digelar kapas kerana mempunyai pasir pantai yang putih seperti kapas.
Aktiviti yang menarik di pulau ini dikatakan pada bulan Jun hingga Julai kerana pada masa tersebut adalah
musim mencandat sotong.
4. Pulau Pangkor.
Pulau ini terletak di Perak. Antara ciri menarik pulau ini adalah mempunyai kawasan yang berbukit bukau dan kayadengan alam semulajadi yang masih dara lagi. Pulau ini juga padat dengan sejarah antaranya ada tinggalan kota belanda, kubur tentera belanda dan batu bersurat.
Asal usul nama Pangkor adalah ber asal dari ‘Pang ko’ yang bermaksud pulau yang cantik mengikut bahasa Thailand.
3. Pulau Sipadan.
Siapa tak kenal Pulau Sipadan di Sabah ini. destinasi popular untuk pelancong yang ingin bercuti dengan tenang kerana panorama laut yang kelihatan sangat cantik, warna-warni terumbu karang dan air laut yang jernih.
Pulau sipadan ini merupakan pulau yang sering dikunjungi oleh pelancong luar negara. Dikatakan pelancong suka menyelam skuba di pulau ini kerana mempunyai terumbu karang yang antara terbaik di dunia.
2. Pulau Tioman.
Pulau ini terletak di Negeri Pahang. Pulau Tioman Pahang adalah satu pulau yang kecil dan ia terletak sejauh 32 kilometer dari pantai barat negeri Pahang. Pulau cantik ini juga salah satu tempat yang menarik untuk dijadikan tempat bercuti bersama keluarga untuk mencipta kenangan manis.
Pulau ini pernah dinobatkan sebagai salah satu pulau tercantik di dunia oleh majalah Times. Pelbagai aktiviti trekking dan laut boleh dilakukan.
1. Pulau Langkawi.
Siapa tak kenal Pulau Langkawi. Merupakan pulau yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja mempunyai pantai yang cantik, keindahan alam semulajadi yang mendamaikan. Langkawi menyimpan banyak kisah sejarah dan lagenda yang masyhur seperti lagenda Mahsuri.
Pulau ini juga bebas cukai dan memang menjadi kegemaran makcik-makcik yang datang ke sini untuk memborong coklat dan peralatan dapur. Langkawi sangat digemari oleh pelancong tempatan dan luar negara. Banyak aktiviti keluarga yang boleh dilakukan di sini tak kira sama ada nak meneroka hutan, aktiviti laut dan yang nak membeli belah. Semuanya ada di sini.