10 sungai terpanjang di dunia

Sungai adalah aliran air yang besar di daratan dan menjadi tempat mengalirnya air dari hulu ke hilir sungai.

Air sungai mengalir dari hulu atau tempat tinggi yang biasanya berada di pergunungan. Kemudian, air akan mengalir ke hilir atau
bahagian terdekat dengan muara sungai baik di danau atau lautan.

Jom kami senaraikan 10 Sungai Yang Terpanjang Di Dunia.

10. Sungai Lena.

Terletak di Rusia. Panjangnya adalah 4400 Kilometer. Sungai Lena juga merupakan sungai terbesar yang ke-3 di Asia dan salah
satu sungai yang terletak sepenuhnya di dalam wilayah Rusia. Air Sungai ini mengalir terus ke dalam Lautan Artik.

10 sungai terpanjang di dunia
9. Sungai Amur.

Merentasi 3 Negara iaitu China, Mongolia, Rusia. Panjangnya adalah 4444 Kilometer. Sungai ini membentuk sempadan diantara Rusia Timur Jauh dan Timur laut China.

10 sungai terpanjang di dunia

8. Sungai Congo.

Terletak di Congo. Panjangnya adalah 4700 Kilometer. Merupakan antara sungai terdalam di dunia, dengan anggaran kedalaman melebihi
230 meter. Sungai Kong go merupakan sungai kedua terbesar di dunia berdasarkan isipadu air dilepaskan selepas sungai amazon.

7.Sungai Ob Ir Tish.

Terletak di Rusia. Panjangnya adalah 5410 Kilometer. Pada dasarnya, sungai ini terbahagi menjadi dua. Iaitu sungai Ob dan sungai Ir tish namun apabila ia digabungkan menjadi nama sungai Ob Ir Tish.

6. Sungai Huang He.

Terletak di China. Panjangnya adalah 5464 Kilometer. Sungai kedua terpanjang di China ini digelar sungai kuning di China. Sungai ini dikatakan sungai yang paling berlumpur di dunia kerana ribuan tan tanah sering diendapkan.

5. Sungai Yenisei. Angara . Selenga

Merentasi 2 Negara iaitu Rusia dan Mongolia. Panjangnya adalah 5539 Kilometer. Sungai ini merupakan sungai tengah antara ketiga-tiga sungai besar yang ada di Siberia. Ia mengalir terus ke dalam Lautan Artik.

4. Sungai Mississippi.

Terletak di Amerika. Panjangnya adalah 6275 Kilometer. Sungai Mississippi mengalir antara kawasan Pergunungan Rocky dengan Gunung
Appalakhian. Mississippi telah menjadi sungai penting dalam sejarah A S. Saat pertama kali A S menjadi negara, Sungai Mississippi merupakan perbatasan barat A S.

3. Sungai Yangtze.

Terletak di China. Panjangnya adalah 6300 Kilometer. Sebagai sungai terbesar di rantaunya, Yangtze amat penting kepada China dari segi sejarah, kebudayaan dan ekonomi. Antara semua empangan di sepanjang sungai ini, Empangan Tiga Gaung adalah stesen janakuasa hidroelektrik terbesar di dunia.

2. Sungai Amazon.

Merentasi 5 Negara iaitu Brazil, Kolumbia, Pei ru, Bolivia dan E kuador. Panjangnya adalah 6400 Kilometer. Sungai Amazon di Amerika Selatan ialah sungai yang terbesar di dunia berdasarkan isipadu, dengan jumlah air yang mengalir lebih besar dari sungai yang lain.
Amazon, yang mempunyai saliran terbesar di dunia, merangkumi lebih kurang satu per lima jumlah aliran sungai dunia.

1. Sungai Nil.

Merentasi 9 Negara iaitu Mesir, E topia, Zairi, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burudi dan Sudan. Panjangnya adalah 6650 Kilometer.
Keberadaan sungai Nil memiliki peranan yang sangat besar pada kemajuan peradaban dan ekonomi Mesir sejak ribuan tahun lalu. Nama ‘Nil’ sendiri berarti ‘lembah sungai’ dalam bahasa Yunani.

BACA JUGA :
5 jenis satelit buatan manusia dan kegunaanya
10 filem Malaysia yang mempunyai kutipan paling tinggi
5 sebab utama kenapa myvi di gelar king