10 tahun tidur bersama “teddy bear” akhirnya wanita terpaksa lepaskan juga, ini kisah sebaliknya.Bukanlah sesuatu yang janggal dan pelik jika kita mempunyai habit seperti kena peluk atau ‘bau’ bantal busuk dulu sebelum kita tidur. Sesetengah orang mungkin tidak akan dapat tidur dengan lena sebelum berbuat demikian.
Namun, jika ‘bantal busuk’ itu tersebut dibiarkan terlalu lama, ia mungkin akan menyebabkan habuk dan kuman menempel padanya. Hal itu mungkin boleh memudaratkan kesihatan, tidak kira di dalam mahupun luaran kita.
Jadi, sama ada suka atau tidak, rela mahupun terpaksa, bantal busuk tersebut tetap haris dibuang demi memastikan perkara yang tak diingini berlaku seperti kehadiran penyakit seperti gatal-gatal atau penyakit lain.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita ini menerusi laman TikTok miliknya, Nur Ain Hanini terpaksa membuang ‘Teddy Bear’ yang telah 10 tahun menjadi teman tidurnya selepas berkahwin dan mempunyai suami.
Walau bagaimanapun, itu bukanlah sebab utama mengapa dia membuang ‘Teddy Bear’ tersebut. Menerusi ruangan komen, Ain menjelaskan dia membuang patung gebu tersebut kerana telah terlalu berhabuk setelah ditinggalkan beberapa bulan.
“Buang bukan sebab suami suruh semata-mata, tapi sebab dah berhabuk sangat kena tinggal beberapa bulan dekat rumah sewa yang lama.
“Jadi, rasa geli dan kesian nak bagi pada orang lain walaupun dan basuh. Nak bagi kat anak sendiri pun saya tak sanggup. Saya dah besar dan dah sampai masa,” jelasnya
@ain_haniey Baii bantal busuk 10 tahun. Sbb dah ada beribu kuman dah kat situ 😂 So terpaksa let go… #POV #fyp #bikinakukesal #bantalbusuk ♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman
BACA:
Pembantu Vida hilang tudung hanya nak jadi penyanyi
Lelaki ‘Putih Mata’ akibat sorok duit puluhan ribu dalam poket baju dibuang isteri