‘100 kali minta maaf tapi esok buat lagi’, Ibu stress anak asyik membuli, sekali lain pula jadi bila ibu hantar ke balai polis

‘100 kali minta maaf tapi esok buat lagi’, Ibu stress anak asyik membuli, sekali lain pula jadi bila ibu hantar ke balai polis

Seorang kanak-kanak menangis teresak-esak apabila ibunya membawanya ke balai polis kerana dikatakan sering mengacau murid lain di sekolah.

Tindakannya itu bukanlah untuk menghukum, tetapi sebagai pengajaran supaya anaknya tidak menganggu murid lain lagi.

KB Mall dinobat kompleks beli belah terunggul di Malaysia, kalah Sogo dan KLCC '100 kali minta maaf tapi esok buat lagi', Ibu stress anak asyik membuli, sekali lain pula jadi bila ibu hantar ke balai polis

“Upah sebab selalu kacau orang dekat sekolah. Umi bawa betul-betul pergi balai.

“Umi dah stress dah. 100 kali minta maaf tak nak buat lagi. Tengok esok, kalau buat lagi kita hantar balik,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Melalui video yang dikongsi ibunya @Wanyzahar88 di media sosial, anaknya yang bersekolah tadika itu menangis teresak-esak sambil mengangguk faham mendengar nasihat daripada polis tersebut.

“Jadi budak baik. Jangan pukul orang, berdosa nanti masuk neraka,” kata polis tersebut.

@wanyzahar88 Membalas kepada @ceqnur2881 ♬ bunyi asal – Nur dan Nuh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi dengan tindakan ibu kanak-kanak tersebut.

“Kesian, tapi nak ajar mereka sebelum mereka pandai buli. Sebelum jadi bahaya. Itulah mak-mak yang runsing dengan anak-anak. Mencabar,” kata Qiqiatiqah.

“Anak saya pernah kena ugut begini dia boleh jawab nak takut apa polis sama saja dengan pakcik dia. Aduhai nok jerik sero (aduhai nak menangis rasa),” ujar Nooradilla.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 60,000 tontonan dan 1,859 tanda suka.

BACA:

“Aku sering view ig story dia, aku mula bandingkan dia dengan suami. Syaitan hasut yang bukan-bukan. Makin lama makin suka pada dia walhal tak kenal pun”

Sekejap je dia potong rambut anak aku dan tukar baju! – Wanita ini dedah anak hampir jadi mangsa culik warga asing