Data pada akhir bulan 9 tahun ini, jumlah keseluruhan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini seramai 14.6 juta pencarum. Berapa nilai jumlah dana simpanan yg di uruskan ? Keseluruhannya RM940 bilion.
Dalam bajet 2020 yg di bentangkan, hanya 600 ribu pencarum sahaja yg buleh mengeluarkan wang akaun 1 KWSP sebanyak RM500/bln untuk selama setahun. Itu pun hanya bersasar kpd yg di berhentikan kerja sahaja!
Maksudnya, lagi 14 juta pencarum di seluruh Malaysia ini nak pergi kemana ? Apakah 600 ribu pencarum yg di umumkan itu di ambil dari data mereka/pencarum yg telah di berhentikan kerja ? Apaaa… 600,000 orang hilang pekerjaan semasa tebuk atap memerintah ?
Apabila sebut KWSP, ada pro & kontra. Ramai rakyat hilang pekerjaan dan bekerja sendiri. Ada banyak pandangan, antara kerajaan kata jika benarkan rakyat keluarkan wang simpanan kwsp…kelak dh tua tidak ada simpanan. Tapi rakyat juga pandai meneliti hingga ada bertanya, takut rakyat takda simpanan ka… atau duit KWSP habih yang di pinjam oleh kerajaan ? 😅
Jika kerajaan guna data seramai 7.88 juta atau 54% daripada keseluruhan 14.6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 54 tahun mempunyai simpanan kurang RM50,000 bagi tidak mewajarkan pengeluaran… mengapa kerajaan sendiri tidak fikirkan @ permudahkan mekanisma lain utk membantu rakyat.
Sbg contoh, buleh buat pengkelasan jumlah simpanan:
A: Simpanan atas 500,000 : Limit 3%
B: RM200,000 – RM499,999 : Limit 5%
C: RM50,000 – RM199,999 : Limit 7%D: Bawah RM50,000 : Limit pengeluaran 10%
*Ini adalah contoh saja!
Mereka masih ada simpanan, cuma berkurang ekoran keperluan mendesak dalam situasi covid. Dan contoh [email protected] yg di berikan ini… peserta buleh mengeluarkan secara keseluruhan atau secara berperingkat ikut kehendak pencarum. Jika mereka yg di bawah simpanan RM50k, mereka buleh buat beberapa kali pengeluaran asalkan tidak melebihi 10% tersebut.
Ini lebih meluas kpd keseluruhan pencarum yg berada dalam keadaan memerlukan berbanding hanya 600,000 pencarum saja yg di bolehkan.
Kerajaan tebuk atap ini usah mendabik dada, jumlah 530,000 majikan yg berdaftar dgn KWSP ini saban hari berkurang ekoran suasana tidak menentu, tutup syarikat atau kerugian berterusan. Jumlah data ini semakin hari, sudah semakin berkurang.
Jadi… apa langkah penyelamatan ekonomi yg ada dari bajet 2021 tersebut. Banyak sektor buang pekerja untuk kelangsungan perniagaan mereka. Apa cara nak atasi… pergerakan makro & mikro ekonomi.
GM tidak akan bincang lanjut akan hal ini. Buleh saja mengaitkan kpd FDI yang lari atau pengaliran wang oleh pekerja asing ke negara mereka kesan dari jangkaan 6 juta pekerja asing yg berdaftar @ tidak dan lain-lain.
Juga sbg pesan kepada rakan yg menulis atas talian, agak kelakar ada antara kalian tulis jika PH x sokong bajet 2021 yg akan di bentangkan oleh Pee End untuk benarkan wang KWSP RM5000-RM10,000 di keluarkan… maka siap siaga mula nak di maki hamun.
Sekali tiba2 tebuk atap buat RM500/bln dan hanya bersasar kepada 600 ribu pencarum yg di berhentikan kerja saja… hari ini ada antara kenalan yg naikkan beberapa keping gambar artikel punca tak dapat kluarkan RM10,000 adalah di sebabkan kununnya dari Anwar & Saifuddin Nasution yg tidak bersetuju pengeluaran kwsp.
Rupanya apabila di teliti artikel tersebut adalah bulan March 2020.
GM nak tegur pun, mengenali antara mereka. Bajet dah lepas, tak dengar pula suara sdra Mahathir. Bila terkait kpd Muhyiddin, dia sunyi sepi betul!
Ok, sekadar ini saja mlm ini.
Sumber: