22 tahun beza usia dengan isteri, hajat lelaki ini untuk adakan hubungan bersama isteri 77 tahun tinggal angan-angan

KISAH cinta berbeza usia 55 tahun antara pemuda berusia 22 tahun bernama Selamet dan Nenek Rohaya, 77, berakhir selepas wanita itu meninggal dunia pada Rabu.

Bagaimanapun, Nenek Rohaya terpaksa menolak permintaan terakhir Selamet.

Masalah ekonomi merupakan antara faktor permintaan suaminya terpaksa ditolak.

22 tahun beza usia dengan isteri, hajat lelaki ini untuk adakan hubungan bersama isteri 77 tahun tinggal angan-angan

Kisah Selamet dan Nenek Rohaya menjadi perhatian apabila mendirikan rumah tangga pada Julai 2017, ketika itu masing-masing berusia 16 dan 71 tahun.

Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, Nenek Rohaya meninggal dunia akibat sakit tua di Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan di Indonesia, pada Rabu.

Memetik laporan TribunTrends, Selamet dikatakan merancang untuk mengambil anak angkat.

Sebagai suami, Selamet mempunyai keinginan untuk mempunyai anak dalam keluarga kecilnya.

Namun malangnya, Nenek Rohaya menolak hasratnya itu.

Nenek Rohaya mengakui kini badannya tidak sihat seperti dahulu, lebih-lebih lagi usianya menghampiri 80 tahun.

Malah, Nenek Rohaya turut bercerita tentang keadaan rumah tangganya yang biasa-biasa sahaja.

Selamet hanya bekerja di kebun, jadi pendapatannya sering tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka.

BACA: 7 Selebriti Hollywood yang ada kaitan kekeluargaan dengan Raja England