Kali ini kami nak cerita tentang sejarah nama rokok yang popular di dunia. Kami bukan nak mempromosikan rokok, cuma nak kongsi sejarahnya.
5. Mild Seven.
Merupakan Jenama Rokok yang berasal dari jepun. jenama ini kini dipasarkan dengan nama baru iaitu mevius. Sejarahnya mild seven bermula selepas syarikatnya japan tobako mahu memperkenalkan satu produk tembakau yang lebih ringan dengan jenama terawal seven star sejak tahun 19 77.
Populariti rokok ini sangat melonjak sehingga di tiru dengan nama mild seven di korea Selatan dan Taiwan. Japan tobako mengetahui kejadian ini dan mendapatkan hak cipta nama Mild Seven.
5 jenama rokok tembakau terkenal di dunia
4. Peter Stuyvesant.
Nama ini diambil oleh syarikat pengeluar tembakau Jerman sempena nama Gabenor Belanda bernama Petrus Stuyvesant era abad 17 yang menjadi gabenor di new amsterdam atau kini digelar new york di amerika. untuk makluman amerika pernah di jajah belanda, kemudian di jajah british. nama itu di ambil semata-mata untuk tujuan pemasaran sahaja.
Nama tersebut tiada kaitan dengan produk rokok tersebut. Mungkin nama tersebut dilihat ada nilai komersial di mata pemilik syarikat jerman.
3. Benson and Hedges.
Jenama ini diasaskan oleh Richard benson dan pakciknya William Hedges. dua orang ahli perniagaan dari kanada. mereka bermula sejak tahun 18 78 dengan mendapat kontrak dengan Raja Edward 7 yang menjadi Raja United Kigdom ketika itu.
Kontrak itu membenarkan Benson and Hedges menggunakan jata negara united Kigdom pada kotak rokok mereka. Kerja sama ini telah ditamatkan selepas 122 tahun. iaitu pada tahun 19 99.
2. Marlboro.
Tahu tak korang malboro diperkenalkan untuk menggalakkan wanita merokok?. Nama marlboro dipilih adalah nama lokasi kilang tembakau mereka. iaitu Great Marlborough Street yang terletak di london.
Walaubagaimanapun setelah dipasarkan di amerika, rokok ini sering digunakan dalam filem untuk watak hero atau lelaki maskulin. maka jadilah rokok lelaki walaupun asalnya untuk perempuan.
1. Dunhill.
Siapa tak kenal dunhill maksudnya korang dari planet lain ataupun BBNU. Rokok paling popular di malaysia, dan jadi lambang status kebanggaan perokok-perokok lama yang masih setia bersamanya. sebab harga dia mahal sekarang.
Nama dunhill diambil nama pengasasnya Alfred Dunhill. Asalnya sekitar tahun 19 07 Alfred Dunhill membuka kedai paip dan tembakau.
Jualannya laris kerana dikatakan mempunyai adunan tembakau yang unik. Maka terhasil lah produk rokok bernama dunhill dan masih ada sehingga hari ini.
Itulah tadi sejarah ringkas jenama rokok yang popular. kami tidak menggalakkan anda merokok, dan jangan merokok demi kesihatan yang baik. Ini sekadar info untuk pengetahuan anda. semoga berjumpa lagi di next video.