5 jenis satelit buatan manusia dan kegunaanya

Mengikut ilmu astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar, dan kekal berada dalam graviti objek tersebut.

Bulan adalah satelit kepada planet bumi kita, manakala Bumi pula merupakan satelit kepada matahari.

Umumnya, apa yang dimaksudkan dengan satelit ialah sebuah objek di ruang angkasa buatan manusia yang beredar mengelilingi bumi. Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 3,000 satelit beroperasi berada pada Orbit Bumi Rendah.

5 jenis satelit buatan manusia dan kegunaanya

Malaysia mempunyai 9 satelit tetapi dua satelit yang masih aktif, iaitu Measat-3B dan juga Measat-3A, yang kini berada pada kedudukan orbit geosynchronous. Tujuh lagi satelit milik Malaysia telah direkodkan sebagai tidak aktif, dan telah memasuki fasa akhir hayat (EOL).

Jom kami senaraikan 5 Satelit yang penting yang digunakan oleh manusia dalam membantu menjalani kehidupan seharian.

1. Satelit Astronomi.

Satelit astronomi ini asasnya merupakan sebuah taleskop yang besar terapung mengelilingi bumi. Sebagai sebuah taleskop yang besar yang berada di ruang angkasa, satelit ini mempunyai kelebihan dimana penglihatannya tidak diganggu oleh atmosfera bumi dan peralatan infra-merahnya tidak diganggu oleh haba bumi.

Satelit ini banyak fungsi dantaranya ialah Ia boleh digunakan untuk memetakan bintang. mengkaji fenomena misteri seperti lohong hitam. mengambil gambar planet lain dalam sistem solar dan juga memetakan permukaan planet yang berbeza.

5 jenis satelit buatan manusia dan kegunaanya

2. Satelit Penderiaan Jauh.

Satelit penderiaan jauh (Remote Sensing Satellite) digunakan untuk memerhati dan mengukur persekitaran kita dari jauh. Ia diletakkan di angkasa bagi memerhati sumber yang penting kepada manusia. Contohnya, satelit ini boleh mengesan migrasi haiwan, mengenalpasti lokasi
mineral, melihat tanaman yang rosak akibat cuaca buruk, atau melihat sejauh mana penebangan hutan dilakukan.

Keupayaan satelit ini untuk mengambil gambar menjadikannya pilihan terbaik untuk mengawasi kawasan yang sukar untuk diterokai atau dimasuki oleh manusia.

3. Satelit Cuaca.

Satelit cuaca ini sangat berguna kepada manusia sejagat. Teknologi satelit ini membolehkan kita mengetahui keadaan cuaca di serata dunia. Ahli kaji cuaca menggunakan satelit ini untuk banyak perkara. Antaranya adalah  Pengukuran radiasi dari permukaan Bumi dan atmosfera Bumi memberi maklumat tentang jumlah haba dan tenaga yang dibebaskan oleh Bumi dan atmosfera Bumi.

Satelit ini juga mengawasi jumlah salji ketika waktu sejuk, pergerakan ais pada kutub bumi dan juga membolehkan ahli kaji cuaca meramalkan hujan.

Terdapat dua jenis satelit cuaca, satu berada pada orbit geopegun dan satu di orbit kutub. Satelit geopegun akan mengorbit Bumi pada masa yang sama diambil oleh Bumi untuk satu putarannya. Manakala satelit orbit mengorbit Bumi melalui garis meridian Bumi. Satelit cuaca juga dikenali sebagai Meteosat.

4. Satelit Navigasi.

Satelit navigasi dibangunkan pada lewat tahun 1950an. Idea penggunaan satelit navigasi ini bermula dengan pelancaran Sputnik 1 pada 4 Oktober 1957. Penggunaan GPS (Global Positioning System) memerlukan pengguna membeli pelokasi (locator).

Setelah jarak daripada 4 setelit diketahui, lokasi dalam tiga dimensi (latitut,longitut, dan altitut) boleh dikira menggunakan pengiraan matematik yang dipanggil trigonometri. Halaju dalam tiga dimensi boleh dikira daripada prinsip kesan doppler. Kini, semua pengiraan ini dilakukan oleh penerima GPS dan maklumat dipaparkan secara automatik.

5. Satelit Komunikasi.

Satelit komunikasi membolehkan transmisi radio, televisyen, dan telefon dihantar ke serata tempat di dunia ini. Sebelum wujudnyanya satelit, transmisi jarak jauh agak sukar dan hampir mustahil. Satelit komunikasi mempunyai peranan pasif dalam komunikasi seperti memantul isyarat daripada Bumi ke tempat lain di Bumi.

Satelit ini membawa peranti elektronik yang dikenali sebagai transponder. Transponder ini digunakan untuk menerima, membesar dan menyiar kembali isyarat ke Bumi. Satelit komunikasi selalunya berada dalam orbit geopegun.

BACA JUGA :
Fazley kongsi pengalaman kena ‘henyak’ dengan Rosyam Nor sampai paku tembus bahu
Jumpa lombong emas depan rumah, penduduk bersorak hinggalah benda ni terjadi
Intan Salleh ‘perang’ balik dengan Izreen Azminda, ‘Aku ada rampas apa dari kau ke?”