5 sebab kenapa motor RXZ mahal harga yahudi

Walaupun CC rendah tetapi harganya mengalahkan motorsikal berkuasa tinggi. Saban hari kita mendengar ada sahaja berita tentang motor RXZ yang di jual dengan harga yang sangat tak masuk akal. 70K, 80K, 100K pun ada. Sebab Apa?.

Banyak motorsikal berkuasa tinggi yang ada di pasaran boleh dapat dengan harga sebanyak itu. Tapi kenapa RXZ yang hanya 135 CC ini menjadi fenomena?. Di sini kami ingin berkongsi dengan korang 5 Sebab kenapa motorsikal Yamaha RXZ menjadi sangat mahal pada hari ini. Apa yang best sangat. Mungkin budak muda boleh tengok video ini untuk tahu sebabnya. Jom kami senarai kan.

5. Menjadi Hobi dan Bahan Koleksi Peribadi.

Motor RXZ pada hari ini boleh dikatakan menjadi barang koleksi pada peminatnya. Ada dikalangan peminat yang memiliki RXZ hari ini akan simpan baik-baik dalam rumah kerana hanya menjadikan motor ini sebagai satu koleksi beharga. Mungkin hanya digunakan untuk berkonvoi beramai-ramai sahaja tetapi bukan untuk di bawa pergi ke tempat kerja.

5 sebab kenapa motor RXZ mahal harga yahudi

Kalau ada pun yang bawa, mungkin dah tak ramai. Ramai dah ada motor ke-2 untuk ke tempat kerja. Alat gantinya juga mahal dan susah didapati sekarang, jadi tak hairan lah pemilik RXZ menjaganya dengan penuh kasih sayang. Bila dah jadi hobi, berapa harga sekali pun sanggup dihabiskan.

5 sebab kenapa motor RXZ mahal harga yahudi

4. Rekabentuk Motor cantik dipandang dan merentas zaman.

Ramai yang pelik dan mempersoal apa yang menariknya reka bentuk RXZ ni? Tetapi perlu diingat, ketika ia dilancarkan lebih 30 tahun lalu, reka bentuknya itu boleh dianggap merentas zaman. Malah sehingga kini, ia masih boleh dianggap menarik dan sedap dipandang.

Publisiti meluas tentang Mat Rempit pada zaman itu juga menjadikan motor ini sangat popular mengatasi model-model motorsikal lain yang wujud di zamannya. Motor ini sudah boleh di anggap sebagai motorsikal klasik di zaman ini. Anak muda hari ini hanya mampu mendengar cerita lagenda yang disampaikan oleh orang tua tentang zaman kegemilangan emas RXZ.

3. Motor ini laju , lincah dan tahan lasak di atas jalan.

Jika korang pernah menunggang RXZ pasti tahu kuasa jentera ini. Walaupun mempunyai CC 135 sahaja, tetapi kekuatan RXZ 2 strok ini sangat power walaupun dalam spek biasa di zamannya. Dikatakan kelajuannya boleh melepasi 180 kilometer per jam. Bila dah laju, pasti lah dijadikan bahan berlumba.

Sebab itu lah mat rempit suka motor ini. Ramai juga yang memiliki jentera ini untuk dijadikan kenderaan utama untuk kegunaan harian seperti pergi kerja sehingga sekarang. Cuma kena tingkatkan ciri keselamatan lebih. Sebab barang panas.

2. Motor Paling Popular di kalangan remaja 80an.

Pengeluaran motor pertama RXZ bermula sejak tahun 19 85. Banyak anak muda pada ketika itu yang memiliki jentera ini sehinggalah banyak kumpulan-kumpulan motorsikal muncul menggunakan jentera ini. Maka secara tidak lansung motorsikal ini memberikan sentimental valiu kepada pemiliknya yang sudah tua hari ini.

Motorsikal ini juga sering di kaitkan dengan aktiviti tidak bermoral anak muda zaman tersebut seperti kumpulan samseng, lumba haram, modifikasi melampau dan sebagainya. Walaupun tidak semua pemiliknya begitu, tetapi sedikit sebanyak sesiapa yang menggunakan RXZ pasti terpalit dengan gelaran Mat Rempit. Ada yang bangga digelar mat rempit, ada juga yang meluat mendengarnya.

1. Pengeluaran Model RXZ tidak dikeluarkan lagi oleh Yamaha.

Yamaha telah memutuskan untuk menghentikan pengeluaran RXZ pada akhir tahun 2008 kerana ingin memberi laluan pada motorsikal Yama ha 125 Z dan Y suku. Oleh kerana pengeluaran RXZ telah terhenti, maka secara automatik motorsikal ini hanya menjadi lagenda dikalangan penggemarnya. Secara tidak lansung orang mula menyimpan jentera ini kerana sudah pasti harga jentera ini akan melambung tinggi.

Antara sebab lain dihentikan pengeluarannya juga adalah atas faktor mengawal pencemaran alam sekitar kerana motor ini mengeluarkan asap yang banyak. Syarikat jepun mempunyai polisi ketat dalam hal menjaga alam sekitar. Semua kenderaan jepun pada hari ini dikatakan mesra alam sekitar.

Itulah tadi kisah kenapa RXZ mahal. harap info ini memberikan sedikit pencerahan kepada korang yang terkejut dengan harga RXZ sekarang.

BACA JUGA:
10 jenama pakaian dan aksesori berpengaruh di dunia tahun 2022
10 jam tangan lelaki yang paling laris di Malaysia
5 jenis satelit buatan manusia dan kegunaanya