Adik beradik kongsi bilik hotel sekali dinding ‘toilet’ pula kaca, macamana nak berak ni woi

Adik beradik kongsi bilik hotel sekali dinding ‘toilet’ pula kaca, macamana nak berak ni woi. Meluangkan masa bersama adik beradik sememangnya dapat mengeratkan lagi hubungan.

Oleh itu, ramai yang suka mengambil peluang untuk bercuti dengan adik beradik kerana masa yang diluangkan bersama amatlah berharga.

Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok ini, berkenaan dua orang beradik check-in hotel telah mencuri tumpuan ramai.

Teruja check-in hotel, sekali bilik air tak ada privasi pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @s3mut_berkawad di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan suasana di dalam sebuah bilik hotel.

Adik beradik kongsi bilik hotel sekali dinding 'toilet' pula kaca, macamana nak berak ni woi

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila pemilik video menunjukkan bilik air yang terdapat di dalam bilik itu jenis transparent.

Difahamkan, pemilik video check-in hotel bersama adiknya. Jadi, kedua-dua beradik pening kepala bagaimana mereka mahu menggunakan bilik air tersebut. Namun, akhirnya mereka berdua telah menemukan jalan penyelesaian.

“Buka air panas nanti berwap lah cermin tu. Dah boleh main lukis-lukis dekat cermin” – Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 2.2M tontonan, 145.6K tanda suka dan 871 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

@s3mut_berkawad Adik beradik tepuk kepala🤦🏻‍♂️🤦🏼‍♀️#checkin #hotel #adikberadik ♬ original sound – Semut berkawad satu2 hora hore

BACA:

Ducati MH900e (2002) akhirnya dijual pada harga RM200k setelah 20 tahun dalam kotak

Peminat durian Ulu Cheka jangan tertipu

Pengeluaran Khas KWSP dibenarkan untuk kegunaan peribadi