Akak ni selamba naikkan baung 27 kg guna umpan keli

Akak ni selamba naikkan baung 27 kg guna umpan keli. “Ia adalah ikan baung paling besar pernah saya tangkap sejak menjadi nelayan darat 30 tahun lalu,” kata pengawal keselamatan, Roslan Yatim Mustapa, 58.

Terdahulu tular di media sosial gelagat seorang wanita yang juga isteri Roslan, Noraini Adnan, 55, menunggang motosikal sambil membawa seekor ikan baung merah.

Ketika itu, Noraini Adnan dalam perjalanan menjual ikan berkenaan kepada peraih ikan di Kampung Kuala Slim, Perak, baru-baru ini.

Roslan berkata, video berkenaan dirakam penduduk yang kebetulan terserempak dengan isteri yang dalam perjalanan ke tempat peraih ikan.

Roslan berkata, ikan baung merah yang turut digelar penduduk setempat sebagai ‘serigala merah’ itu mengena tajur yang dipasangnya di Sungai Bernam, baru-baru ini.

Akak ni selamba naikkan baung 27 kg guna umpan keli

“Saya menggunakan umpan ikan keli dan tidak menyangka mampu menaikkan baung merah seberat 27 kilogram (kg).

“Ikan itu dijual dengan harga RM 400 dan wang berkenaan bolehlah dijadikan pendapatan tambahan bagi kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui, dekat sini.

Katanya, dia memasang 30 tajur di sungai terbabit dengan menggunakan umpan ikan keli antara 100 hingga 200 gram.

Katanya, kewujudan ikan baung merah atau ikan pemangsa disedarinya sejak beberapa bulan lalu selepas setiap minggu lebih 10 ikan berkenaan yang bersaiz besar berjaya ditangkap di sungai terbabit.

“Ia mungkin dibela oleh penternak ikan dan dipercayai terlepas masuk ke dalam sungai akibat kejadian banjir yang berlaku di kawasan tertentu sejak kebelakangan ini.

“Walaupun ia mampu memberi pendapatan sampingan namun saya bimbang ikan atau udang lain di sungai berkenaan akan pupus,” katanya.

BACA:

Jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan, mohon sebelum 8 Ogos

Haqiem Stopa akui rimas digelar ikon permotoran, tak tahan kena perli setiap hari

Syamsul Yusof bagi jawapan padu bila ditanya kenapa filem Mat Kilau tak ada perempuan cantik