Akaun ASNB dalam Maybank2u bakal hilang 18 Jun ini

Akaun ASNB dalam Maybank2u bakal hilang 18 Jun ini. Akaun ASNB yang dipaut dengan Maybank2u akan hilang pada 18 Jun 2022 ini. Maybank kini mengeluarkan peringatan kepada para pengguna Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), untuk pautkan kembali akaun ASNB pada Maybank2U selepas 18 Jun 2022.

Menurut Maybank, semua akaun ASNB yang dipautkan ke Maybank2U akan dinyah-pautkan atau diputuskan efektif 18 Jun 2022, dan perlu dipautkan kembali oleh pengguna.

Maybank mengatakan ini adalah selari dalam memberikan pengalaman perbankan yang ditambah-baik kepada para pengguna.

Pengguna boleh melihat kembali akaun ASNB mereka selepas pautkan ia pada Maybank2U atau juga turut melalui aplikasi MAE.

Selepas itu, pengguna boleh menyambung transaksi seperti biasa melibatkan ASNB.

Akaun ASNB dalam Maybank2u bakal hilang 18 Jun ini

Perkara ini boleh dilakukan dengan memilih “Wealth” dan seterusnya ASNB pada Maybank2U atau pada aplikasi MAE.

Pada masa yang sama, untuk makluman, ASNB sebelum ini telah menyatakan mereka akan melakukan naik-taraf sistem bermula 4 hingga 7 Jun 2022 – dan akan tangguhkan semua perkhidmatan sepanjang tempoh tersebut.

BACA:

Bayar RM20 untuk sup perut beserta tahi, bila komplen ini jawapan penjual

Gelagat lucu Jihan usung kerusi naik pentas AME 2021, dah tak boleh sorok baby bump

Macam ni ke perangai influencer? Hingga bahayakan nyawa orang lain…