Akhirnya Lee Min-ho pilih gadis Indonesia sebagai isteri.Seorang lelaki kelahiran Korea Selatan bernama Lee Min-ho selamat melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya yang berasal dari Indonesia, Puput Norman Desyta, lapor laman berita Suara.com.
Video perkahwinan Min-ho dan Puput menjadi tular di media sosial kerana nama pengantin lelaki itu sama seperti aktor popular Korea Selatan, Lee Min-ho.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Facebook Irvan Julivansyah, Min-ho dipaparkan melafazkan akad nikah dalam bahasa Indonesia dengan sangat fasih.
Selain namanya yang serupa aktor popular, hantaran Min-ho buat Puput juga menarik perhatian apabila menghadiahkan satu unit apartmen, sebuah kereta jenama Hyundai dan berlian seberat 15 gram.
Majlis tersebut berlangsung di Desa Kalimanggis Subah dalam wilayah Jawa Tengah.
BACA:
Bergelar selebriti, ini nasihat padu Jackie Chan kepada Nabil Ahmad
Karnival Jom Heboh kembali, bakal berlangsung di Putrajaya
Bekas isteri pertahan tindakan Sharnaaz Ahmad