Akibat selamba je parking sembarangan, ini “hadiah” yang tuan kereta dapat
Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna-pengguna kenderaan adalah ketiadaan tempat parking kereta,terutamanya di tempat-tempat yang sesak dan popular.Pekerja Beri Pengajaran Kepada Pemandu Kereta Yang Parking Sembarangan Hingga Menghalangnya Bertugas Hingga Tak Dapat Pulang
Namun itu bukanlah alasan untuk kita meletakkan kenderaan sesuka hati di mana-mana tempat. Ini kerana, kenderaan kita mungkin mengganggu atau mengacau aktiviti dan keselesaan orang lain.
Baru-baru ini, tular mengenai sebuah kereta yang diletakkan di laluan kecemasan hingga menyebabkan seorang tukang cuci di timur China berasa bengang.
[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Hal ini kerana kereta tersebut telah menghalangnya melakukan pekerjaan dan dia pula tidak boleh pulang sekiranya kerjanya belum habis. Kereta tersebut telah mengalang pekerja ini untuk masuk ke tempat pelupusan sampah tempat dia bekerja.
“Dia tidak boleh meninggalkan keretanya di sini. Ia menghalang laluan kecemasan.
“Perbuatannya menyusahkan saya bekerja dan saya tidak boleh pulang selagi kerja tidak siap, tetapi bagaimana jika keretanya terus ditinggalkan di sini?” katanya.
Pekerja Beri Pengajaran Kepada Pemandu Kereta Yang Parking Sembarangan Hingga Menghalangnya Bertugas Hingga Tak Dapat Pulang
Lagi membengangkan pekerja ini adalah dia tidak dapat menghubungi peilik kereta tersebut dan akhirnya selepas mengunggu beberapa jam, dia pun mulai hilang sabar.
Kerana berang dengan tindakan pemilik kereta tersebut, pekerja ini buat keputusan untuk memberikan ‘pengajaran’ buatnya.
Pekerja ini telah meletakkan puluhan tong sampah yang berisi bahan buangan untuk mengepung kereta tersebut dari semua sudut!Pekerja Beri Pengajaran Kepada Pemandu Kereta Yang Parking Sembarangan Hingga Menghalangnya Bertugas Hingga Tak Dapat Pulang
Dengan erti kata lain, pemilik kereta tersebut berkemungkinan sukar untuk mencari keretanya, malah terpaksa mengalihkan tong-tong berkenaan untuk masuk ke kereta dan membawanya pergi.
Tonton:
Berita Lain:
Adik Shila Amzah mengamuk, “Kau panggil mak aku pelacur!”
Bingit telinga dengar jiran masak pakai kuali, “nak ajak kita perang ke apa?”
Mahkamah arah guru agama dipenjara kerana rotan pelajarnya 5 tahun dahulu
[/bg_collapse]