Aliff Syukri luah perasaan bosan hidup tanpa Sajat, sekali netizen datang serang

Aliff Syukri luah perasaan bosan hidup tanpa Sajat, sekali netizen datang serang. Tindakan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menulis ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran sahabat baiknya iaitu Sajat mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial.

Tidak melihat ucapannya itu sebagai satu isu besar, Aliff, 35, berkata dia hairan apabila netizen memarahinya kerana perkongsian di Instagram itu.

Aliff Syukri luah perasaan bosan hidup tanpa Sajat, sekali netizen datang serang

“Aku malas nak layan korang sebenarnya, tak salah pun kalau aku nak wish dia punya birthday.

“Aku rasa antara salah dia itu biar (dia) dengan Tuhan, aku tak nak masuk campur!

“Korang yang nak marah-marah aku, maki-maki aku kat Instagram dah kenapa?” kata Aliff menerusi aplikasi TikTok.

Netizen kurang senang perkongsian Aliff Syukri di Instagram.

Sebelum itu, seorang pengikut mempersoalkan tindakan Aliff memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang ke-37 yang disambut pada Rabu lalu.

“Datuk akan masuk neraka tau apabila ucap happy birthday dekat Sajat! Saya tak sukalah,” komen seorang pengikut.

Semua cerita kau susah dan senang aku tahu aku harap kau tabah menghadapinya!

Pada Jumaat, menerusi Instagram Cuba Bahagia ini menulis ucapan istimewa untuk sahabat baiknya itu yang kini menetap di Australia.

“Selamat hari jadi kepada kawan baik, bekas jiran yang sekarang di Australia, Sajat. Bosan rasanya apabila kau tak ada di sini.

“Apa pun yang terjadi aku sentiasa mendoakan kau bahagia di dunia dan akhirat. All the best dan semoga sukses walaupun di mana anda berada.

Aliff dan isteri Datin Seri Nur Shahidah bersahabat baik dengan Sajat.

“Semua cerita kau susah dan senang aku tahu aku harap kau tabah menghadapinya. Semoga kau panjang umur, dipermudahkan segala urusan hendaknya,” tulis Aliff.

Untuk rekod, Sajat memilih memulakan kehidupan baharu di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana merasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Sebelum ke sana, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan oleh pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia.

Tonton:

Berita Lain:

Pesawat terbesar di dunia hancur berkecai di Ukraine dibom tentera Russia

Selepas dihentam warganet menyusu tak tutup dada, Kak KM akhirnya jawab

“Rupanya itu solat terakhirnya..”, isteri cerita suami tetap solat walaupun tak berdaya