Amerika namakan pesawat ini “Hari Kiamat”, ini sebabnya

Amerika namakan pesawat ini “Hari Kiamat”, ini sebabnya. Pesawat ‘Hari Kiamat’ milik Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menjalani latihan penerbangan selama empat jam selepas ancaman oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Pesawat bernilai AS$200 juta (RM838.5 juta) itu direka khas untuk melindungi pegawai-pegawai tinggi kerajaan sekiranya berlaku serangan nuklear.

Amerika namakan pesawat ini "Hari Kiamat", ini sebabnya

Tapak pengesanan penerbangan tentera menunjukkan pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai berlepas dari pangkalan Tentera Udara AS di bandar Lincoln, negeri Nebraska pada petang Isnin lalu.

Pesawat Boeing E-4 itu direka bentuk untuk terbang di udara selama seminggu penuh tanpa perlu mendarat.

Pesawat itu dilengkapi dengan pusat arahan lengkap untuk presiden dan pegawai-pegawai tertingginya termasuk Setiausaha Pertahanan dan Ketua Turus Bersama dalam kes perang nuklear atau kecemasan negara.

Pentagon bagaimanapun tidak menjawab permintaan untuk mengulas mengenai tujuan latihan itu.

Tonton:

Berita Lain:

Iqram cekik pelakon Mona Ellen sampai digelar ‘psiko terlampau’, ini jawapan tuan badan

Selepas i-Sinar kini mahu perkenal i-Ceria pula, ini komen KWSP

Berjam-jam menderita cincin emas tersangkut, akhirnya ini yang dilakukan..