Awas! Tayar boleh meletup bila pam tayar di pam minyak ramai tak tahu, ini cara betul isi angin tayar
Mengisi angin tayar pada kenderaan, kedengaran agak mudah untuk dilakukan namun tidak ramai yang berani mencubanya.
Hal ini kerana, fikiran ‘paranoid’ yang wujud menimbulkan rasa takut.
Mungkin dengan perkongsian tips isi angin tayar di bawah ini, dari pekerja pam minyak sendiri boleh membantu anda.
Info isi angin tayar kenderaan ini sesuai untuk pengguna kereta dan motosikal di luar sana. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Guna SATU Bahan Ini Sahaja, ‘Seni’ Contengan Anak Di Dinding Terus Hilang!
TIPS ISI ANGIN TAYAR KENDERAAN
Sebelum pergi dengan lebih mendalam. Anda perlu tahu maksud beberapa butang yang ada pada meter pam angin.
Simbol + bermaksud menaikkan jumlah isian angin.
Simbol – bermaksud mengurangkan isian bacaan pada meter pam angin.
Simbol bunga tayar digunakan untuk tayar pancit.
Sekiranya tayar kereta anda pancit, dinasihatkan untuk tekan pressure pada butang bunga tayar terlebih dahulu sebelum letak kepala pam pada tayar.
CARA ISI ANGIN TAYAR KERETA
tips isi angin tayar
Periksa jumlah kpa tekanan tayar kereta terlebih dahulu.
Buka pintu kereta di bahagian pemandu dan ada boleh lihat di bahagian kawasan pintu terdapat pelekat mengenai tire pressure. Seperti di paparan video, tekanan tayar depan adalah 230 kpa manakala tayar belakang 200 kpa.
Kemudian, pergi ke meter pam angin dan tetapkan kpa tayar.
Letak kepala pam pada tayar dan tunggu sehingga keluar bunyi seakan brek lori yang menandakan jumlah isian angin telah dicapai.
Video Player
CARA ISI ANGIN TAYAR MOTOSIKAL
tips isi angin tayar
Mula-mula anda kena baca maksimum berat tayar. Seperti di paparan video, maksimum berat tayar belakang pada motosikal tersebut adalah 160 kg 230 kpa.
Kemudian, pergi ke meter pam angin dan tidak perlu set angin pada tahap maksimum yang diberi. Hanya perlu kurangkan dalam 30 kpa daripada jumlah 230 kpa tadi untuk tayar belakang. Maka, jumlah kpa adalah 200 sahaja.
Manakala, tayar depan motosikal dikurangkan sebanyak 40 kpa iaitu 190 kpa.
Pengurangan perbezaan kpa mengikut tayar ini disebabkan, tanggungan beban pada tayar belakang lebih berat daripada tayar di bahagian depan.
tips isi angin tayar
Sekiranya, anda masih was-was boleh sahaja dapatkan bantuan daripada pekerja di pam minyak berkenaan untuk mengisi angin tayar kenderaan anda.
BACA:
Jemaah haji negara jiran mandi air zam-zam sampai telekung melekat di badan undang kecaman netizen