Awie luah rasa kecewa lepas buat persembahan, ini puncanya

Awie luah rasa kecewa lepas buat persembahan, ini puncanya. Lagenda rock Datuk Awie mengakui kecewa dengan persembahannya pada malam kedua Konsert Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Petronas, malam ini.

Awie atau pemilik nama penuh, Ahmad Azhar Othman memaklumkan sudah mendapatkan rawatan di hospital kerana kurang sihat.

Malah, dia turut membawa bekalan ubatan ketika beraksi di pentas di hadapan peminatnya.

“Sebenarnya saya kurang sihat dan sudah ke hospital semalam selepas membuat persembahan. Namun, ketika ini ramai yang sakit sehinggakan tidak cukup katil.

“Macam-macam bekalan ubat saya bawa ke atas pentas. Malah, tangan saya juga kejang ketika sedang membuat persembahan pada malam ini.

Awie luah rasa kecewa lepas buat persembahan, ini puncanya

“Lagu kegemaran saya adalah Gema Di Indraloka namun saya gagal untuk memberikan yang terbaik. Saya kurang berpuas hati dengan persembahan malam ini,” katanya.

Awie ketika beraksi di pentas bersama kumpulan Wings sempat menyelitkan perkembangan dirinya ketika persembahan sebentar tadi.

Beliau bagaimana pun enggan menjadikan kesihatannya sebagai alasan untuk tidak memberikan yang terbaik buat peminat yang hadir bagi menonton persembahan Wings.

“Itu bukan alasan untuk tidak memberikan yang terbaik. Minta maaf andai kata saya ada kurang di mana-mana bahagian. Saya cuba sehabis baik untuk semua.

“Semestinya saya kecewa kerana kami telah berlatih bersungguh-sungguh sebulan lebih namun tewas ketika malam persembahan,” katanya.

Wings mempersembahkan 15 buah lagu di Fabulous Friday yang antaranya seperti Satelit Puaka, Kuburkan Aku, Lubuk Ousing, Mabuk 7 Lautan, Aku Pun Tahu, Hukum Karma, Jerangkung Dalam Almari, Jumpa Hilang, Gema Di Indraloka, Sekeping Kertas Bermaruah, Gemuruh, Dalam Kehadiran Sofea, Opera Hidup, Ingatkan Dia dan Rock N Roll Lu Punya Suka.

BACA:

Hanya minta mas kahwin RM73, tindakan pengantin cantik ini dapat pujian

“Biar gagal menjadi seorang isteri, yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu,”

Tiba-tiba penduduk rasa ‘stim’, rupanya polis bakar ganja 1.5 tan