Bajet pembangunan pendidikan islam di Melaka dikurangkan 2021

i

1. Dalam perbahasan Belanjawan Dewan Undangan Negeri(DUN) Melaka hari ini saya telah membangkitkan isu pengurangan belanjawan bagi Pembangunan Pendidikan Islam di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM).

2. Peruntukan belanjawan Pendidikan Islam pada tahun 2020 adalah sebanyak RM14.7 juta berbanding RM11.4 juta pada 2021, iaitu pengurangan sebanyak 22.16%.

3. Pada jawapan balas YAB Ketua Menteri, beliau telah menyebut bahawa salah satu faktor keputusan untuk mengurangkan bajet ini diambil adalah kerana penggunaan kelas di Sekolah Kebangsaan(SK) bagi tujuan pendidikan dibawah JAIM.

4. Suka untuk saya ingatkan bahawa peruntukan Pembangunan Pendidikan Islam sewajarnya tidak dikurangkan malah ianya perlu ditambah bagi setiap tahun.

5. Sepatutnya dikala kita menghadapi pandemik Covid-19, pembangunan di sektor Pendidikan Islam mestilah diberi keutamaan terutama dalam menambahbaik infrastruktur sedia ada serta keperluan digital agar Pendidikan Islam tidak tertinggal dengan teknologi.

6. Tindakan Kerajaan Negeri dengan mengurangkan bajet Pendidikan Islam amat dikesali sedangkan dalam masa yang sama kerajaan boleh melaksanakan banyak pengubahsuaian pejabat yang tidak menjadi keperluan mendesak tatkala rakyat dihimpit dengan pelbagai ujian mendepani pandemik yang tidak pasti jalan keluarnya.

*_Adly Zahari_*
_Adun Bukit Katil_