Bantuan RM480 untuk suri rumah dan ibu tunggal, mohon sekarang. Berita baik khas untuk suri rumah di Malaysia. Suri rumah kini boleh pilih untuk mencarum kepada KWSP dengan insentif istimewa di bawah program i-Suri.
Program khas daripada KWSP ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan para suri rumah kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Banyak manfaat yang anda akan dapat jika anda carum i-Suri ini.
Kriteria Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan bersama untuk pendaftaran i-Suri KWSP:
- Warganegara Malaysia
- Berumur bawah 60 tahun
- Suri rumah berdaftar yang telah didaftarkan dalam Pangkalan Data Kemiskinan Negara (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5/bulan atau RM60/tahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah
Faedah Mencarum I-Suri
Berikut disenaraikan adalah kelebihan i-Suri KWSP:
- Menerima insentif khas daripada kerajaan minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
- Terima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Khairat Kematian: RM2500
Cara Permohonan
Pendaftaran program ini boleh dibuat dengan hanya pergi ke cawangan KWSP berhampiran tempat anda dan bawa bersama borang permohonan yang dimuat turun melalui pautan berikut:
- MyKad
- Borang Permohonan KWSP i-Suri 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
- Borang KWSP i-Suri 6A (2) (Semasa Pembayaran)
Insentif Daripada Kerajaan
Penerimaan insentif khas daripada kerajaan ini hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat berikut:
- Isteri Ketua Isi Rumah (KIR) yang daftar dalam sistem E-Kasih, atau;
- Wanita KIR berstatus balu, tidak pernah berkahwin atau bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
- Belum 60 tahun
- Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke dalam akaun KWSP ahli sekurang-kurangnya RM5/bulan atau RM60/tahun ke dalam akaun KWSP
Info Maklumat Tambahan
Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif pada satu masa, sekiranya anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru untuk i-suri.
Untuk info lebih lanjut mengenai i-Suri KWSP anda boleh layari laman web
https:www.kwsp.gov.my/
BACA:
Malaysia jadi negara pertama hasilkan Graphene, 200 kali ganda lebih kuat dari logam
Imam Muda kantoi khalwat dengan janda anak 4
Aishah terpaksa turun naik mahkamah sebab tuntut hadiah pertandingan