Bawa Anak Kecil Ke Masjid, Dimaki Makcik Sampai Menangis-Nangis “Baru Tahu Masjid Ni Budak Tak Boleh Masuk”

Bawa Anak Kecil Ke Masjid, Dimaki Makcik Sampai Menangis-Nangis “Baru Tahu Masjid Ni Budak Tak Boleh Masuk”

Seorang ibu kecewa apabila tindakannya membawa anak kecil ke masjid berakhir dengan peristiwa yang melukakan hatinya.

Wanita terbabit mendakwa seorang wanita berusia yang digelar makcik bertindak memarahi anaknya.

Bawa Anak Kecil Ke Masjid, Dimaki Makcik Sampai Menangis-Nangis "Baru Tahu Masjid Ni Budak Tak Boleh Masuk"

“Maafkan ibu bawa awak teman pergi masjid tadi. Kalau tak mesti awak tak kena maki dengan makcik tadi sampai nangis-nangis.

“Baru tahu masjid ni budak tak boleh masuk. Okay la ni last saya jejak masjid tu lagi. Saya minta maaf.

“Maafkan saya. Saya baru tahu budak empat tahun tak boleh masuk masjid,” tulisnya di kapsyen video yang dimuat naik di TikTok.

Susulan itu video berkenaan dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya simpati terhadap kejadian yang menimpa dua beranak itu.

Pada masa yang sama, ada yang turut memberikan pesanan supaya ibu bapa menjaga tingkah laku anak-anak mereka sekiranya dibawa ke masjid.

“Boleh bawa tak ada masalah. Tapi kena jaga juga agar sampai tak mengganggu solat jemaah lain. Itu je.

“Pak long saya ahli jawatankuasa (AJK) masjid. Pernah jadi budak main lighter sampai terbakar langsir. Tapi yang dia marah adalah orang dewasa yang bawa lighter tu ke masjid.

“Hal paling ditakuti apabila rumah Allah tiada lagi suara anak-anak kecil,” tulis beberapa netizen.

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, setelah meneliti dan menekuni perbahasan serta nas-nas yang telah disebutkan, mereka berpendapat bahawa galakan membawa kanak-kanak untuk hadir ke masjid adalah bertepatan dengan ruh syarak.

Justeru, telah menjadi suatu adat kelaziman para ulama dan salafussoleh mengajar anak-anak mereka untuk hadir ke masjid.

Menjadi saranan buat ibu bapa, hendaklah mereka memainkan peranan penting dengan memerhatikan tingkah laku anak-anak di dalam masjid, mendidik dan mengingatkan anak-anak mereka akan tingginya kehormatan dan kedudukan masjid dalam Islam, serta memahamkan anak-anak akan fungsi atau peranan masjid itu sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam al-Quran.

Pihak Mufti Wilayah turut mengesyorkan agar pihak masjid mengawasi kanak-kanak dengan tatasusila dan akhlak yang baik seperti tidak menengking, tidak memarahi, mengkasari, serta tidak memukul kanak-kanak.

Sebaliknya pamerkanlah akhlak yang baik serta tunjuk ajar supaya terjalin binaan kasih sayang di antara ibu bapa, pihak masjid, serta kanak-kanak itu sendiri

BACA: ‘Atuk baru meninggal, cucu boleh berjimba ke Korea… well done daddy’