Berjam-jam menderita cincin emas tersangkut, akhirnya ini yang dilakukan..

Berjam-jam menderita cincin emas tersangkut, akhirnya ini yang dilakukan..

Seorang remaja perempuan terpaksa menanggung azab selama tiga jam selepas cincin emas yang dipakai tersekat pada jari hantu pada tangan kanannya, semalam.

Mangsa berusia 16 tahun itu pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar bersama ibu dan kakaknya untuk meminta bantuan pada 7.17 malam.

Berjam-jam menderita cincin emas tersangkut, akhirnya ini yang dilakukan..

Difahamkan, jari mangsa membengkak disebabkan cincin itu bersaiz kecil dan tidak dapat ditanggalkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, ahli keluarga mangsa sebelum itu berusaha mengeluarkan cincin terbabit di rumah mereka, namun gagal.

“Anggota kemudiannya menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin itu.

“Operasi mengambil masa selama kira-kira 10 minit dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelak kecederaan terhadap mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kata beliau, operasi ditamatkan pada 7.28 malam.

Tonton:

Berita Lain:

Pencarum tidak lagi dibenarkan keluar duit KWSP sebelum bersara

Faizal Ismail luah perasaan, “gaji puluhan ribu rasa tak cukup..”

Pegawai Polis berpangkat Inspektor ditemui mati, tembak diri sendiri