Bunga berang dengan layanan staf Machine KLCC, “Gaji aku lebih tinggi…”

Bunga berang dengan layanan staf Machine KLCC, “Gaji aku lebih tinggi…”. Baru-baru ini, tular di laman sosial penyanyi Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari meluahkan rasa kesal terhadap layanan buruk yang diterimanya daripada pekerja dari premis Machine di KLCC.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yanaothmannn di laman TikToknya, Bunga memaklumkan dia telah pergi ke premis tersebut untuk bertanya mengenai adapter yang ingin dibeli boleh digunakan pada telefon bimbit serta iPad jenama Apple kepada seorang pekerja.

Bagaimanapun, pekerja tersebut memberi jawapan yang tidak sewajarnya kepada Bunga memandangkan pada ketika itu dia hanya memakai t-shirt serta sweatpants biasa apabila memasuki premis itu.

Bunga berang dengan layanan staf Machine KLCC, "Gaji aku lebih tinggi..."

Katanya lagi, dia menggunakan nada suara yang sopan ketika berurusan bersama pekerja tersebut namun, pekerja itu masih tidak memberi layanan yang sepatutnya kepada Bunga sebagai seorang pelanggan.

Susulan kejadian itu, penyanyi kelahiran Perak itu berharap agar pekerja di luar sana memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan yang datang tanpa menghakimi seseorang daripada luaran sahaja.

Memang pekerja Machine semua teruk2 ye?
Sementara itu, rata-rata netizen turut mendedahkan mereka juga mengalami pengalaman yang sama ketika membeli peralatan elektronik di premis tersebut.

Ada je premis Machine lain yang okay servisnya!
Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang berpendapat tidak semua pekerja premis Machine memberi khidmat pelanggan yang teruk sama seperti apa yang berlaku kepada Bunga.

@yanaothmannn Thank You Bunga! Suarakan pendapat mengenai Cara Serve Customer by Machine KLCC STAFF! Actually aku pun penah kene! Pakai slekeh dorg layan tak layan je! Rupenye ramai dah kene ye! #iphone #machineklcc #customerservice ♬ original sound – yanaothman

BACA:

Niat Shuib ubah suai rumah dibatalkan kerana mimpi aneh tentang Sarah

Cium, peluk atas katil.. Aksi Diana Danielle & Aiman Hakim undang kecaman

Pernah tular datuk 65 tahun kahwini gadis 19 tahun, selepas 2 bulan mereka bercerai