Cacar Monyet : Pelakon filem lucah gay dijangkiti, meleleh air mata sebab sakit

Cacar Monyet : Pelakon filem lucah gay dijangkiti, meleleh air mata sebab sakit. SEORANG pelakon porno menjadikan media sosial sebagai medium untuk berkongsi perjalanannya sebagai pesakit cacar monyet.

Silver Steele mendedahkan dia menghidap cacar monyet selepas berkongsi video yang menunjukkan lepuh tebal pada bahagian bibirnya.

Lelaki gay yang memiliki ijazah dalam bidang Biologi itu berkata, pada mulanya dia menyangka keadaannya biasa sahaja sebelum luka pada bibir menjadi semakin teruk dan berjangkit ke bahagian kaki

Perkongsian video Steele tular selepas beberapa hari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak penyakit itu sebagai kecemasan global.

“Saya fikir kes cacar monyet saya ringan. Saya kini dah dua minggu dan luka di muka saya sangat teruk.

Cacar Monyet : Pelakon filem lucah gay dijangkiti, meleleh air mata sebab sakit

“Selain itu, cacar monyet melemahkan sistem imunisasi anda dan dalam kes saya, saya juga mengalami sakit tekak,” ujar Steele, yang tinggal di Houston, Texas menerusi Twitter.

Pelakon porno gay itu berkata, dia juga menangis kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya.

“Kesakitan yang saya alami membuatkan mata saya bergenang air mata dan rasa hidup ini gelap tak bercahaya,” ujar Steele yang bekerja dalam industri porno sejak 2018.

Dia turut menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin cacar monyet. – Daily Star.

BACA:

Kutip sampah mampu jana RM10,000 sebulan, wanita ini tunjuk caranya

Azhar Sulaiman bersyukur ada anak seperti Leona

Wanita tular dera kanak-kanak dedah punca sebenar kejadian