Cara dapatkan baucar RM 400 untuk kegunaan pembelian di Shopee

Cara dapatkan baucar RM 400 untuk kegunaan pembelian di Shopee.
Shopee dan kerjasama Kementerian Tenaga & Sumber Asli (keTSA) melancarkan sebuah bantuan atau baucar kepada pengguna Shopee yang layak.

Ia untuk membantua pengguna Shopee untuk membeli barangan yang terdapat pada baucar tersebut.

PROGRAM SAVE 3.0

Seperti sebelum ini, terdapat Program Save 1.0 dan Save 2.0. Ini bermaksud Program Save 3.0 adalah sambungan kepada program-program sebelum ini.

Pembelian yang dibenarkan adalah hanya untuk barangan elektrik yang menerima label 4 dan 5 bintang sahaja yang disahkan melalui Suruhanjaya Tenaga

OBJEKTIF BAUCAR

Berikut ialah objektif kepada pemberian baucar tersebut kepada pengguna yang layak

  • Memberi peluang kepada pengguna untuk membeli barangan bertaraf 4 dan 5 bintang melalui Shopee
  • Meningkatkan jumlah 4 dan 5 bintang peralatan eletrik di pasaran

JUMLAH BANTUAN

Pengguna Shopee berpeluang untuk menerima baucar daripada Shopee dan keTSA berjumlah

  • RM 400

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menebus baucar RM 400

  • Warganegara Malaysia
  • Pemilik akaun eletrik domestik berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power sahaja yang layak untuk membuat permohonan
  • Baucar boleh ditebus melalui di kedai eletrik dan pasar raya yang berdaftar atau tebus secara dalam talian seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
  • Penerima Save 2.0 tidak layak untuk menerima Kategori 1 Save 3.0

KATEGORI BAUCAR

Berikut ialah kategori-kategori baucar untuk membuat penebusan. Kategori baucar hanya terbahagi kepada 2 iaitu

1. Kategori 1 : Pembelian Peti Sejuk / Pendingin Hawa (RM 200)

2. Kategori 2 : Pembelian TV / Mesin Basuh / Ketuhar / Gelombang Mikro / Periuk Nasi (RM 50 / RM 100 / RM 200)
>

CARA TEBUS BAUCAR

Sedia maklum, penebusan baucar boleh dilakukan secara fizikal dan dalam talian berikut ialah panduan untuk penebusan

1. Tebus Secara Dalam Talian

  • Cari ‘Save 3.0’ di Shopee
  • Berbual dengan penjual untuk dapatkan baucar tersebut
  • Sekiranya anda layak, penjual tersebut akan memberikan baucar SAVE 3.0 kepada anda
  • Selepas daftar keluar, klik pada bahagian ‘Baucar Kedai’ / ‘Shop Voucher’ dan masukkan kod baucar yang diberikan

2. Tebus Secara Fizikal

Untuk tebusan secara manual ke kedai elektrik atau pasar raya, anda perlu semak kedai yang terlibat melalui :

http://www.seda.gov.my/saveprogram/ dan

hadir bersama Kad Pengenalan dan bil eletrik untuk membuat penebusan baucar

TEMPOH PELAKSAAN

Pelaksanaan program ini akan dilakukan sepanjang tahun 2022 ini iaitu

bermula Januari 2022 sehingga Disember 2022

BACA:

3 kembar nekad mahu kahwini lelaki yang sama

Bantuan Kewangan Prihatin RM200 sebulan, ini cara memohon

Kelibat wanita rambut mengerbang muncul semasa ziarah rumah saudara, habis kelam kabut