Covid-19 Ni Tidak Ada Aku Rasa Tiap-Tiap Hari Peminat-Peminat Datang Jenguk ‘Rumah’ Kau”

Setiap tanggal 19 Januari pelawak Achey akan meraikan ulang tahun kelahiran sahabatnya Abam Bochey.

Namun pada tahun ini Achey mendoakan ketenangan Allahyarham Abam namun tidak dapat menziarahi pusara kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kalau wabak Covid-19 ni tidak ada aku rasa tiap-tiap hari peminat-peminat datang jenguk ‘rumah’ kau.

“Tapi aku rasa mereka sayang kau mesti mereka doakan..tak kira la datang atau tak datang kan,” catatnya di Instagram.

 

Abam, nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia 10 Februari tahun lalu pada usia 32 tahun akibat demam panas.

Abam meninggalkan seorang balu Siti Nurhidayah Md Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 1.

Meluahkan keadaannya terkini, Achey berkata beliau dan seorang lagi ahli kumpulan Bochey, Fad kini tidak lagi kerap berjumpa kerana mengambil langkah berjaga-jaga daripada wabak.

Katanya kerjaya dalam industri hiburan juga semakin berkurang namun dia berusaha mencari peluang rezeki dalam bidang lain.

kredit projekmm