Dakwa ‘Misi Coin’ lagi power dari nilai emas dunia, rupanya ini sebab dia lebih berharga dari emas undang persoalan netizen
Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila Founder Misi yang popular dengan teori serta kejayaan mengumpul sehingga RM9 juta bagi membiayai kos perubatan bayi Naail.
Terbaharu, Founder Misi sekali lagi mencetus kontroversi apabila mahu memperkenalkan Misi Farms
Dalam usaha untuk menghapuskan orang tengah sekaligus menjadikan harga barangan basah lebih rendah.
Melabelkan rakyat sebagai kartel terbesar, Founder Misi dikatakan memerlukan RM20 juta dalam membolehkan usaha ini dapat dijayakan.
Lebih kontroversi, beliau turut memperkenalkan Misi Coin di mana beliau mendakwa matawang yang diperkenalkan ini lebih bernilai tinggi berbanding emas.
“Value Misi Coin lebih tinggi dari emas ?”
Beraninya beri kenyataan begitu “Founder Misi Rakyat” https://t.co/WUYowJ53fQ
— Nor Zaireen 🍁 (@ajai_consultant) June 28, 2023
Komen serta dakwaan yang dibuat dengan melabelkan Misi Coin lebih bernilai daripada emas ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian para netizen.
Seperti yang diketahui ramai, emas merupakan logam yang sangat bernilai tinggi sejak berabad lamanya serta bernilai untuk dijual dan beli seluruh dunia. Dakwaan yang dibuat telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen terhadap Founder Misi ini.
Sementara itu, terdapat juga penyokong Founder Misi yang yakin dengan kenyataan beliau di mana komen tersebut telah menerima ratusan likes.
BACA: