Komen ringkas:
1. kuasa utk mengistihar darurat ialah kuasa budibicara YDPA – Art. 150 Perlembagaan. Setelah peristiharan darurat dibuat maka prinsip berperlembagaan, konsep federalisma, kebebasan asasi dan kebebasan kehakiman (melalui semakan kehakiman@judicial review) adalah BOLEH DIKECUALIKAN PEMAKAIANNYA oleh udg2/peraturan2 darurat@ordinan yg akan diluluskan oleh YDPA (yakni udg2 yg digubal oleh pihak kerajaan@eksekutif bukannya Parlimen);
2. Kuasa@tindakan kerajaan(cabang eksekutif)dalam tempoh darurat adalah hampir x boleh kawal (melalui semakan) kerana tindakan tersebut (yg dibuat berdasarkan ordinan darurat)adalah tidak tertakluk kpd semakan Parlimen @mahkamah meskipun tindakan tersebut bertentangan dgn mana2 peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Sebab itu dikatakan dlm tempoh darurat kuasa eksekutif (PM@ kerajaan)mengatasi Perlembagaan Persekutuan kerana melalui peristiharan darurat mereka BOLEH meluluskan@membuat udg2 (ordinan dan peraturan) yg bercanggah dgn mana2 artikel Perlembagaan yg merupakan udg2 tertinggi negara.
3. Meskipun Perlembagaan memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif/pemerintahan terletak kpd YDPA, YDPA secara peribadi tidak MEJALANKAN kesemua kuasa pemerintahan tersebut dlm semua perkara baik semasa darurat @ketiadaan darurat. Baginda hanya menjalankan kuasa pemerintahan tersebut hanya setakatmana yg diberikan oleh Perlembagaan dan udg2 Persekutuan. Contohnya dlm menjalankan fungsi baginda sebagai YDPA, baginda mempunyai beberapa kuasa termasuk kuasa ‘budibicara’ dlm melantik PM, membubarkan Parlimen, memanggil persidangan MRR dsb. KECUALI dalam hal yg melibatkan KUASA BUDIBICARA, baginda hendaklah menjalankan kuasa pemerintahannya BERDASARKAN NASIHAT yg diberikan oleh kabinet@menteri yg berkenaan.
4. Selain daripada fungsi/kuasa pemerintahan yang dikhususkan kpd baginda kuasa2 pemerintahan (eksekutif )lain adalah dijalankan oleh JEMAAH MENTER(KABINET)@OLEH MANA2 MENTERI@ORG LAIN YG DIBERI KUASA OLEH MENTERI@UDG2- Artikel 39 Perlembagaan. Oleh itu utk mengatakan yang YDPA mempunyai kuasa penuh semasa darurat adalah suatu pernyataan yang kurang tepat. Sebaliknya yang mempunyai kuasa yang yang agak luas dan tidak tertakluk kpd semakan Parlimen atau mahkamah – yang mana berkemungkinan kuasa itu disalahgunakan – ialah pihak eksekutif@kerajaan (PM). Ini adalah kerana dalam mencapai tujuan peristiharan darurat (yakni sebab2 kenapa darurat itu perlu diistiharkan) dan dlm menjalankan peruntukan2 ordinan darurat kerajaan akan mempunyai kuasa yg lebih ampuh dan berupaya utk mengambil langkah2 yg lebih drastik demi untuk menyelamatkan negara daripada bencana yg sedang dihadapi.
Maka itu di sinilah terletaknya asas kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan berlakunya ‘penyalahgunaan kuasa darurat’ oleh pihak kerajaan yakni kuasa tersebut akan disalahgunakan oleh pihak kerajaan demi untuk mencapai tujuan selain dari yg. telah diwar-warkan.
Sumber:whatapp