DanaNITA : Pembiayaan sehingga RM150,000 bagi usahawan, ini cara mohon

DanaNITA : Pembiayaan sehingga RM150,000 bagi usahawan, ini cara mohon. DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan.

Ia bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Skop Pembiayaan : Modal Pusingan/Pembelian Mesin dan Peralatan

Had Pembiayaan : RM150,000

Tempoh Pembiayaan : 1-10 tahun (12-120 bulan)

DanaNITA : Pembiayaan sehingga RM150,000 bagi usahawan, ini cara mohon

Jaminan/ Cagaran :
Dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah

Pembiayaan RM50,001 hingga RM150,000:

Jaminan : Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau

Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau

Gabungan kedua-duanya sekali; atau

Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan

Kadar Keuntungan : 3.5%

Siapakah layak untuk DanaNITA?

Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Menjalankan perniagaan sepenuh masa
Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
Perniagaan Patuh Syariah
Bebas daripada Senarai Hitam MARA

Kelonggaran Syarat:

Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita

Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah

Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah

Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah

Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)

Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk DanaNITA?

Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

BACA:

PN zahir rasa kecewa terhadap Perdana Menteri

PM umum pengecualian bayaran balik PTPTN kepada golongan ini

Jawatan kosong di Petronas, ini senarai kekosongan dan cara mohon