Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan dibuat sepanjang tempoh darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pilihan raya akan dibuat selepas jawatankuasa khas memperakukan bahawa wabak Covid-19 telah pulih dan pilihan raya selamat diadakan.
“Ketika itu, terpulang kepada saudara saudari sekalian untuk memilih kerajaan,” katanya dalam perutusan khas darurat hari ini.
Pada masa sama, Muhyiddin berkata, semua sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga tidak akan bersidang sepanjang tempoh darurat
Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi membendung gejala wabak Covid-19 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bukan bentuk rampasan kuasa.
Menurut Perdana Menteri, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan.
“Kerajaan awam akan terus berfungsi,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas darurat secara langsung hari ini.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/01/12/proklamasi-darurat-bukan-rampasan-kuasa/