Dengar macam pelik tapi ini benar berlaku, lembu diterbangkan dari bumbung bangunan untuk upacara korban

Dengar macam pelik tapi ini benar berlaku, lembu diterbangkan dari bumbung bangunan untuk upacara korban

Lembu biasanya diternak atau dipelihara di ladang. Namun bagi seorang lelaki di Karachi Pakistan, beliau membela lembu-lembu di bumbung bangunan rumah.

Maka itu, semua lembunya terpaksa diangkut menggunakan kren bagi ibadah korban!

Dengar macam pelik tapi ini benar berlaku, lembu diterbangkan dari bumbung bangunan untuk upacara korban

Kisah pelik tapi benar ini pastinya menarik perhatian ramai. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang melihat lembu ‘diterbangkan’ dari bumbung bangunan.

Pemilik lembu itu, Syed Aijaz Hassan, sebenarnya membuat persiapan lebih awal lagi bagi ibadah korban memandangkan harga lembu biasanya melambung tinggi menjelang Hari Raya Aidiladha.

Kesemua tujuh ekor lembunya dibeli seawal enam bulan lalu apabila haiwan tersebut masih kecil dan harganya lebih berpatutan.

Lembu-lembu tersebut dipelihara di atas bumbung rumahnya kerana kurangnya kawasan ladang ternakan di bandar tersebut.

Apabila tibanya Hari Raya Aidiladha, haiwan tersebut kemudian dibawa turun. Para penduduk pula tidak melepaskan peluang untuk merakamkan detik unik itu yang jarang sekali dilihat.

BACA:

Bila akan kembali berhijab? Sekali ini jawapan terpacul dari mulut Emma Maembong