Dirogol empat lelaki!! Kenalan Whatsapp membawa padah

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dirogol empat lelaki termasuk seorang yang baru dikenali di aplikasi WhatsApp.
Kejadian itu berlaku selepas mangsa yang masih bersekolah keluar dari rumahnya secara diam-diam untuk bertemu kenalannya yang berusia 18 tahun.
Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas mangsa didesak ibunya dan mengaku melakukan perbuatan seks dengan empat lelaki tanpa kerelaaan.
Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat, polis melalui Bahagian Siasatan Jenayah telah berjaya membuat tangkapan ke atas enam lelaki termasuk empat suspek utama berusia antara 18 hingga 58 tahun pada Isnin bagi membantu siasatan.

Katanya, kesemua lelaki itu ditahan di beberapa lokasi berlainan di daerah itu berserta rampasan barang-barang kes berkaitan. “Kesemua mereka telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga 15 Februari ini bagi siasatan kes dibawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol berkumpulan,” katanya.

Sumber: SinarHarian