Dividen KWSP sepatutnya 6.7 peratus, dedah Zafrul. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul mendedahkan jumlah dividen sebenar yang sepatutnya ahli KWSP terima adalah 6.7%, bukanya 6.1% seperti diumumkan sebelum ini.
Ini berikutan kesan daripada pengeluaran besar-besaran yang dibenarkan oleh kerajaan sebelum ini yang menjadikan peratusan dividen berkurang.
“Jumlah kehilangan RM5.4 bilion itu telah menyebabkan lebih kurang 5.3 juta ahli yang tidak pernah mengeluarkan simpanan melalui mana-mana skim pengeluaran, terpaksa menerima pulangan simpanan lebih rendah.
“Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sekelian yang juga mewakili pencarum yang tidak perlu mengeluarkan simpanan mereka…adakah ini adil?”
[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Sementara itu, Tengku Zafrul juga turut mengulas desakan daripada ramai pihak yang mahu pengeluaran terakhir 10K dapat diluluskan kerajaan.
“Sekiranya dibenarkan pengeluaran RM10,000 secara ‘one-off,’ bilangan ahli layak membuat pengeluaran dijangkakan seramai 6.3 juta ahli yang melibatkan pengeluaran tambahan berjumlah lebih RM63 bilion.
“Jika pengeluaran tambahan ini dibenarkan, KWSP perlu melaksanakan imbangan portfolio dengan impaknya yang mungkin lebih daripada nilai pengeluaran berjumlah RM63 bilion,” katanya.
Tonton:
Berita Lain:
Kecoh pakcik cium bra wanita sambil beronani, tapi lain pula yang netizen perasan
Netizen dakwa Sajat bawa bala ke Australia, diisytihar darurat kerana banjir besar
Rupanya poster tular di media sosial ini disahkan palsu oleh KKM
[/bg_collapse]