‘Dulu tak macam ni..’, Gara-gara viral tempat ‘healing’ terus jadi tak ‘healing’, Pantai Pasir Lanun jadi tumpuan sampai jalan sesak!

‘Dulu tak macam ni..’, Gara-gara viral tempat ‘healing’ terus jadi tak ‘healing’, Pantai Pasir Lanun jadi tumpuan sampai jalan sesak!

Tular sebuah pantai Pasir Lanun yang terletak kira-kira 35 kilometer dari pekan Mersing semakin menjadi tarikan pengunjung berikutan panorama indah dan suasananya yang mendamaikan

Orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar berlatarbelakangkan pemandangan alam semula jadi,

'Dulu tak macam ni..', Gara-gara viral tempat 'healing' terus jadi tak 'healing', Pantai Pasir Lanun jadi tumpuan sampai jalan sesak!

meskipun terpaksa melalui lereng yang curam dan sempit serta hanya muat untuk sebuah kereta.

Begitupun, terdapat sebuah video yang dimuat naik memperlihatkan keadaan lokasi viral itu yang mana dipenuhi orang ramai sehingga mengalami kesesakan baru-baru ini.

Orang ramai memenuhi ruangan bahu jalan hanya kerana mahu mengambil gambar

Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan kereta dan motosikal bertali-arus untuk masuk dan keluar daripada lokasi berkenaan.

Sementara itu, orang ramai juga memenuhi ruangan bahu jalan hanya kerana mahu mengambil gambar dengan berlatar belakangkan keindahan alam di lokasi itu.

Jalan menjadi sesak apabila terlalu banyak kereta yang berada di tempat viral tersebut dalam satu-satu masa di samping ada yang sanggup menghentikan kereta di bahu jalan yang kecil itu.

@lolaestrellaaaa♬ original sound – Mayat hidup


“Jammed… tak jadi ambil gambar… dapat plak pakcik takut kereta calar kat depan… setahun kat atas” – Netizen

Image from @lolaestrellaaaa (TikTok)

BACA: Sekejap je dia potong rambut anak aku dan tukar baju! – Wanita ini dedah anak hampir jadi mangsa culik warga asing

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah pun meraih lebih 560.9K views, 7,598 likes dan 342 comments di TikTok.

Image from @lolaestrellaaaa (TikTok)

Menjengah ke ruangan komentar, ramai yang berpendapat lokasi ini menjadi sesak sebaik ia mula viral di media sosial sebagai tempat healing atau fotografi yang cantik.

Image from @lolaestrellaaaa (TikTok)

Sebahagian pengunjung yang biasa ke lokasi tersebut juga mengatakan kini sudah tidak seronok untuk melawat tempat tersebut dek kerana padat dengan orang ramai.

BACA:

“Aku sering view ig story dia, aku mula bandingkan dia dengan suami. Syaitan hasut yang bukan-bukan. Makin lama makin suka pada dia walhal tak kenal pun”