Elakkan makan ikan besar jika anda sedang ikhtiar hamil, ini penjelasan doktorSelain mengamalkan asid folik, sebenarnya wanita yang sedang berusaha untuk hamil juga perlu mengawal beberapa makanan tertentu kerana ia mempunyai perkaitan dengan kesuburan.
Siapa menduga, ikan keli yang selama ini disangka banyak khasiat juga tergolong dalam kategori tersebut.
Berikut adalah penerangan lanjut daripada Dr Raihanah Ismail.
Jika ambil 100 gram=105 kalori & 3.5 gram lemak…Memang ada vitamin B12 yang bagus tapi…
Tidak menafikan bahawa ikan air tawar itu mempunyai vitamin bermanfaat, namun kadar lemaknya pula agak membimbangkan.
Sebagai contoh jika anda makan 2 ekor hidangan ikan keli dalam masa sebulan, kandungan omega 6 yang terlalu tinggi boleh ‘mengacau’ sistem badan, mengundang masalah proses pertukaran oksigen sekali gus menyukarkan wanita berovulasi.
Kilang buang bahan merkuri…Merkuri termendap di laut dalam
Bukan itu sahaja, malahan pasangan yang sedang TTC juga disaran elakkan makan ikan laut bersaiz besar.
Mengapa?
Rupanya, terdapat kilang perindustrian yang kerap membuang sisa toksid mengandungi merkuri ke kawasan laut.
Kemudian, kandungan bahan terbabit terus mendap ke dasar laut yang merupakan habitat ikan-ikan tersebut.
Pengambilan ikan jenis ini berisiko menjejaskan kualiti ovum dan sperma.
Ikan saiz sederhana ada merkuri tapi masih selamat untuk dimakan
Bagaimanapun dalam penjelasan lanjut, jenis ikan kecil dan sederhana besar masih boleh dimakan seperti biasa kerana kandungan merkurinya tidaklah setinggi spesies laut dalam tadi.
Antara contoh yang dikemukan oleh Dr Raihanah adalah ikan selayang, cencaru, sardin, bawal, kerisi serta salmon.
Berita Lain:
Baru kenal terus kahwin, wanita ini dedah kisah kenal dengan lelaki umur 68 tahun di tiktok
Tular aksi langgar lari di LPT, pak cik tua ini meninggal di tempat kejadian
Gelagat kucing risaukan anak tuan rumah kena mandi buat netizen terhibur