Era baharu android, akan perkenal telefon tanpa slot kad sim.Kita sedia melihat peralihan saiz kad SIM dari mikro, mini ke nano – sehinggalah intergasi pengenalan eSIM.
Seterusnya, dengan perkembangan teknologi, kita mungkin melihat telefon pintar tidak lagi menyertakan slot kad SIM fizikal, sebaliknya bergantung sepenuhnya pada cip yang hadir terbina seperti eSIM.
Melalui Android 13 kelak, Google dijangka akan mengintegrasikan sokongan menggunakan dua rangkaian selular berbeza melalui eSIM. Perkara ini mungkin dijayakan dengan membahagikan antaramuka eSIM kepada dua rangkaian berbeza.
Sekiranya hal ini berjaya, ini akan membolehkan pengeluar peranti tidak lagi menyertakan slot SIM fizikal pada telefon keluaran mereka. Ruangan tambahan ini boleh digunakan untuk beberapa perkakasan tambahan lain untuk disertakan pada telefon pintar yang dipasarkan.
Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Android 13 akan datang – dan bagaimana ia bakal mengubah dunia telefon pintar kelak.
TONTON:
BACA:
“Asal iklan raya je ada muka akak ni..”, wanita ini jadi bualan warganet
Jijik !!! Dah la proses soya depan tandas, tikus pula berkeliaran satu kilang
Wanita buat ‘live’ jual barang suami selepas lelaki itu lari ikut skandal, untung puluhan ribu!