EV keluaran Hyundai mula menyaingi Tesla

EV keluaran Hyundai mula menyaingi Tesla. Pasaran EV di Amerika Syarikat (US) sudah mula beralih dari Tesla kepada teknologi K-Pop – Korea.

Dua model dari kumpulan Hyundai, Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6 yang dilancarkan tahun ini di US terus memintas jualan Nissan Leaf, Chevrolet Bolt dan semua EV lain selain dari Tesla.
Jualan EV oleh Hyundai dan Kia dari Januari hingga Mei telah mencapai 21,467 unit, jauh lebih tinggi dari Ford Mustang Mach-E pada 15,718 unit.

Laporan dari Bloomberg juga menunjukan kejayaan Hyundai yang mampu dilakukan dalam masa beberapa bulan, berbanding dengan Tesla yang masih berada di tangga pertama tetapi mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapai status tersebut.

Kia menggunakan rekabentuk yang lebih segar dan terkini untuk mencuri minat pembeli sementara Hyundai pula sudah mula merancang pasaran EV di US sejak enam tahun lalu lagi.

Perkongsian platform oleh Hyundai dan Kia pula menjanjikan kos pengeluaran yang lebih rendah dan kebolehan untuk mengadaptasikan produk mereka dengan pasaran semasa secara lebih pantas.

EV keluaran Hyundai mula menyaingi Tesla

Paling penting, Hyundai dan Kia sudah mempunyai jaringan jualan yang lebih meluas, baik di US mahupun secara global.

Tesla sehingga kini masih menutup pintu di kebanyakan negara, termasuk Malaysia.

Jika dahulu ramai yang kecewa kerana tidak ada Tesla yang dijual secara rasmi di Malaysia, kini mereka mempunyai pilihan lain yang sama baik atau lebih baik dari jenama Elon Musk itu, lengkap dengan waranti dan khidmat selepas jualan yang baik.

Mungkin Tesla akan menjadi seperti beg tangan Bonia – pilihan orang tua sahaja.

BACA:

Wanita didakwa hina Islam dibenarkan untuk diikat jamin

Isu tuntutan waris Kesultanan Sulu, peguam ini sekolahkan Najib

Wanita ‘hafal 15 juzuk’ didakwa kerana hina Islam