Ford Mustang kena klon di Kedah, tuan ada kat Sarawak. Sebuah Ford Mustang yang ditemui di premis perniagaan baik pulih kenderaan di Shahab Perdana, Mergong, Alor Setar rupanya kereta klon yang pemilik sebenarnya berada di Sarawak.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kereta itu dirampas Bahagian Penguatkuasa JPJ Kedah ketika membuat rondaan pada jam 1.30 tengah hari semalam.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat pemilik berdaftar kenderaan di Miri, Sarawak, penguat kuasa JPJ bersama polis melakukan pemeriksaan di premis berkenaan sebelum menemui kenderaan itu.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat keraguan pada nombor casis dan warna asal kenderaan terbabit. Kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 dan dibawa ke pejabat JPJ Suka Menanti untuk siasatan lanjut,” katanya.
JPJ meminta orang ramai yang mahu membuat sebarang aduan berkaitan perkhidmatan agensi itu, menyalurkannya kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan aduan.
BACA:
Kelibat Jho Low kelihatan di China, berjaya dirakam
Rosmah bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun