Gara-gara aktiviti harian terganggu dengan speaker surau yang kuat, lelaki ini pecahkan pintu surau di Kajang
SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan apabila menghalang jemaah yang sedang mengerjakan solat sunat tarawih di sebuah surau dekat Sungai Chua, Kajang, Selangor pada Selasa.
Kejadian itu difahamkan berpunca daripada pemuda berbaju putih yang mendakwa bunyi pembesar suara di surau berkenaan terlampau kuat sehingga mengganggu ketenteraman di kawasan rumahnya.
Meminta agar posisi pembesar suara surau berkenaan dialihkan, salah seorang jemaah kemudiannya bertindak meredakan kekecohan itu.
Bagaimanapun apabila gagal ditenangkan, lelaki tersebut mula meninggikan suara dan berlaku pertelingkahan antara mereka di luar kawasan surau terbabit.
Bengang dengan situasi tersebut, beberapa jemaah kemudiannya turut serta dalam situasi itu sebelum berlaku adegan kejar mengejar antara mereka yang menyaksikan lelaki itu berjaya meloloskan diri.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pintu surau berkenaan dikatakan pecah dan rosak angkara lelaki tersebut. Majoriti masih berusaha untuk menghubungi pihak surau berkenaan.
Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung isu terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai untuk membuat laporan
BACA: