Gara-gara terjumpa gambar gadis muda dalam dompet suami, wanita ini nekad bunuh suami

Gara-gara terjumpa gambar gadis muda dalam dompet suami, wanita ini nekad bunuh suami

Hanya kerana cemburu buta, seorang wanita di Mexico telah ditahan selepas bertindak menikam suaminya.

Wanita tersebut yang dikenali dengan nama Leonora N, difahamkan telah terjumpa beberapa foto didalam galeri telefon suaminya,

Gara-gara terjumpa gambar gadis muda dalam dompet suami, wanita ini nekad bunuh suami

Juan N memperlihatkan si suami bersama seorang ‘gadis muda’.

Menurut kenyataan polis di Cajeme, Sonora, Leonora yang berang dengan penemuan tersebut, terus bertidak di luar kawalan dengan menikam si suami beberapa kali tanpa usul periksa walhal ‘gadis’ didalam foto tersebut adalah dirinya sendiri suatu masa dahulu.

Juan yang ditikam bertalu-talu bagaimanapun berjaya merampas pisau dari isterinya sebelum menjelaskan bahawa kesemua foto tersebut adalah foto lama mereka yang dirakam beberapa tahun yang lalu.

Menurut si suami lagi, foto-foto berkenaan difahamkan telah didigitalkan untuk disimpan di dalam telefonnya.

Namun tidak lama kemudiannya polis telah menyerbu rumah tersebut dan menahan wanita berkenaan selepas menerima laporan dari jiran yang terdengar jeritan dan pergaduhan mereka.

BACA:

Pihak yang tak berhenti meracun fikiran rakyat dengan isu kaum dan agama berdepan tindakan tegas – amaran Sultan Perak