DAP BERJAYA MENYINGKIRKAN MUSUH DALAM SELIMUT ADUN MALIM NAWAR LEONG CHEOK KENG!
Setiausaha Organisasi DAPSY Perak Steven Tiw berkata ADUN Malim Nawar Leong Cheok Keng yang telah membuat kenyataan terbuka untuk menyertai parti MCA adalah sesuatu yang baik untuk parti DAP.
“DAP telah berjaya untuk menyingkirkan ADUN yang seolah-olahnya menyokong hala tuju parti dan pada realitinya Leong adalah seorang musuh dalam selimut” kata Steven Tiw.
Leong harus sedar bahawa kemenangan beliau sebagai ADUN adalah disebabkan oleh kepercayaan yang diberi oleh rakyat kepada parti DAP dan bukannya kekuatan ataupun kemasyuran peribadi Leong.
“Saya mencabar Leong meletakkan jawatan sebagai ADUN dan membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan yang padu dengan memenangi pilihanraya dengan menggunakan logo atau parti yang baru disertai”, saranan Steven Tiw selaku Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ipoh Timor.
Steven Tiw berkata sekiranya Leong gagal meletakkan jawatan sebagai ADUN, beliau adalah pengkhianat yang terbukti kepada parti DAP dan juga mandat yang diberi oleh pengundi Malim Nawar.
-KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA ORGANISASI DAPSY PERAK STEVEN TIW TEE SIANG PADA 5 JANUARY 2021 DI IPOH-
Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159048019427698&id=756022697