Gempar!!! ‘PN kerajaan minoriti memerintah atas belas ihsan darurat’

Pengisytiharan darurat berlaku ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja daripada 220 ahli Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berpendapat darurat sehingga 1 Ogos nanti menggambarkan kelemahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga terpaksa menggunakan Perkara 150 Perlembagaan.

“Dia (Muhyiddin) gagal memanfaatkan sebaik mungkin apa yang ada. Sepatutnya, usaha menangani Covid-19 lebih berkesan dan lebih fokus.

“Perikatan Nasional menjadi kerajaan minoriti yang memerintah atas belas ihsan darurat,” tegasnya menerusi sesi Facebook Live di Jom Channel tadi.

Naib Presiden AMANAH itu mengulangi penegasannya bahawa negara ini sedang berdepan dengan dua masalah besar iaitu krisis pandemik dan krisis politik.

“Krisis politik paling besar hari ini ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti dan kerajaan PN seharusnya secara moral tidak lagi boleh menjadi kerajaan yang sah.

“Tetapi dengan adanya darurat menyelamatkan kerajaan PN yang tidak mengambil kira prinsip-prinsip demokrasi,” ujar Mujahid lagi.

Sumber:https://malaysiadateline.com/pn-kerajaan-minoriti-memerintah-atas-belas-ihsan-darurat/