Hangat!! Cristiano Ronaldo akan dijual oleh Juventus?

Cristiano Ronaldo dilaporkan akan dijual oleh Juventus untuk mendapatkan wang tunai sebelum kontrak superstar Portugal itu tamat.

Sport melaporkan bahawa skuad Old Lady mempertimbangkan penjualan musim panas ini untuk tujuan kewangan memandangkan keadaan semasa wabak COVID-19.

Ronaldo dianggarkan memperoleh £540,000 (RM2.9 juta) seminggu – hampir empat kali lebih mahal berbanding pemain tertinggi dibayar kelab, Matthijs de Ligt.

Kontrak pemain berusia 35 tahun itu berakhir pada 2022 dan pasukan yang turut digelar Bianconeri itu berisiko melihat penyerang prolifik itu meninggalkan kelab secara percuma.

Laporan menyatakan bahawa lanjutan terhadap perjanjian semasa dengan keuntungan kewangannya yang besar dipercayai tidak dapat dikekalkan.

Gergasi Serie A itu berharap mereka dapat memperoleh kembali sejumlah 99 juta pound (RM536 juta) yang mereka belanjakan untuk menandatangani kapten Portugal itu dari Real Madrid pada 2018.

Dia diikat Juventus dengan tujuan untuk membantu skuad Bianconeri mendominasi Liga Juara-Juara, namun pengurusan tertinggi kelab kecewa selepas mereka tersingkir di suku akhir dan 16 terakhir sejak kedatangannya.

Ronaldo sudah meledak 71 gol dalam 94 penampilan untuk Juventus, termasuk enam gol hanya dalam empat perlawanan pada awal kempen Serie A ketika ini.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/11/752268/juventus-jual-ronaldo