Hangat!!! ‘photoshoot’ Rina Harun kembali curi perhatian

Sebelum ini, tular di media sosial penampilan terbaru Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, 47, yang dilihat lebih anggun dengan berat badan ideal.

Ramai wanita yang mulai menginspirasikan kejayaannya mengurangkan berat badan serta merubah penampilan menjadi lebih muda.

Menerusi IG story pereka fesyen terkenal, Man Kajang, beberapa gambar Datuk Seri Rina memakai baju Kurung Pahang hasil kerja tangannya tular di media sosial.

 

Man Kajang pereka baju2 cantik Rina Harun

Menerusi Mstar, Man Kajang memaklumkan bahawa dia diperkenalkan oleh Saidatulnisa iaitu jurumekap artis kepada menteri bagi memberikan cadangan untuknya kerana beliau meminati rekaan baju dari pereka tersebut.

“Alhamdulillah beliau menyukai idea dan rekaan yang saya buat untuknya. Sebagai pereka fesyen saya akan mencadangkan apa bersesuaian selain cuba menyesuaikan dengan kehendak pelanggan,” katanya.

Penampilan beliau ketika melakukan satu rakaman berhubung majlis peringkat antarabangsa telah tular apabila nampak begitu anggun menggayakan bau Kurung Pahang dengan mekap yang natural.

Hal ini menjadi bualan netizen dan gambar-gambar terbaru beliau dengan baju rekaan Man Kajang sekali lagi tular selepas mereka mengadakan photoshoot bersama Datuk Seri Rina.

Sumber: Man KajangMstar