Hanya jadi makcik cleaner rumah orang, dalam masa sebulan je wanita ini berjaya kumpul RM2 juta!

Hanya jadi makcik cleaner rumah orang, dalam masa sebulan je wanita ini berjaya kumpul RM2 juta!

Wanita yang berusia 23 tahun telah bergelar jutawan, pendapatan sebulan sebanyak RM2.6 juta hanya bekerja sebagai pencuci rumah orang.

Wanita ini dikenali sebagai Jennifer Hernandez yang berkongsi kisahnya menerusi aplikasi Tiktok baru-baru ini, cukup inspirasi buat wania lain di luar sana.

Hanya jadi makcik cleaner rumah orang, dalam masa sebulan je wanita ini berjaya kumpul RM2 juta!

Bayangkan, usianya baru sahaja 23 tahun, empunya badan sudah bergelar jutawan dengan hanya menawarkan khidmat membersihkan kediaman.

Hernandez kini memiliki bisnes pembersihan kediaman dan komersial menjadi tular, dikatakan memperoleh sebanyak $600,000 atau kira-kira RM2.6 juta dalam tempoh sebulan.

Wanita ini memulakan perniagaannya ketika sedang hamil enam bulan, selain mempunyai seorang bayi untuk dijaga.

Sebelum itu juga, beliau bergantunag sepenuhnya dengan kewangan suami. Namun selepas kejayaan tersbeut, suaminya mengambil keputusan berhenti kerja dan membantu Hernandez mengembangkan bisnes berkenaan.

“Sebelum itu, kami terpaksa membawa anak bersama ketika membersihkan kediaman pelanggan sehinggalah kami mampu mendapatkan pengasuh selepas beberapa bulan kemudian”-kata Hernandez

Pendapatan Lumayan, Bayar Pekerja Mahal

Screenshot 2023 06 09 122731

Pada setiap hari, Hernandez mengatakan akan membersihkan lima pejabat dengan bayaran AS$250 (RM1,065) setiap satu. Malah, dalam seminggu sahaja beliau berjaya mengumpul pendapatan sebanyak AS$8,759 atau RM37,344.

“Apabila anda mahukan sesuatu, pergi mendapatkannya. Tidak kira apa yang berlaku, pasti ada cara dan jalannya”

Menerusi klip durasi pendek yang dimuat naik oleh akaunnya, Hernandez turut memberi respon pelbagai soalan yang beliau dapat dari netizen dan berkongsi tips perniagaannya yang kian berkembang.

Antaranya, beliau menasihatikan pengikutnya supaya meninjau dan menyertai Homeaglow iaitu aplikasi pembersihkan rumah bertaraf lima bintang.

Perniagaan Hernandez bernama Tropical Cleaning sudah memliki 20 pekerja yang bekerja secara syif selama lapan jam sehari. Dengan rezeki terpijak yang dimiliki, pasangan suami isteri itu memang pemurah.

BACA:

Ramai tak tahu rupanya, ini sebab kenapa bilik sewa kecil macam kubur pun mahal