Harga rokok melambung, cecah RM78 satu kotak

Harga rokok melambung, cecah RM78 satu kotak. Kerajaan Britain menaikkan harga rokok susulan kenaikan cukai tembakau yang menyaksikan pek 20 batang rokok kini bernilai £13.60 (RM77.60).

Canselor Rishi Sunak mengumumkan perkara itu ketika pembentangan belanjawan pada Rabu lalu dan menjelaskan peningkatan sebanyak 88 peratus.

Kenaikan terakhir harga rokok adalah pada November 2020 iaitu peningkatan 22 peratus bagi pek 20 batang rokok dan 65 peratus untuk pek 30 gram tembakau.

Selain itu, Daily Star melaporkan rakyat akan turut berhadapan kenaikan harga minuman keras yang diumum sebanyak 30 peratus.

Pemilik premis memberi amaran mengenai kenaikan itu selepas peningkatan gaji yang turut diumum dalam belanjawan berkenaan.

 Harga rokok melambung, cecah RM78 satu kotak

Rishi mengumumkan kadar gaji terendah dinaikkan 6.6 peratus daripada £8.91 (RM50.92) kepada £9.50 (RM54.29) sejam, yang menambah kira-kira £1,000 (RM5,715.11) purata gaji sebelum cukai bagi pekerja sepenuh masa.

Canselor itu menggelar sistem duti alkohol sebagai ketinggalan dan mengumumkan lima langkah penambahbaikan yang berdasarkan jumlah minuman keras yang diambil penduduk.

“Lebih kerap minuman diambil, lebih tinggi kadarnya,” katanya.

BACA:

Lelaki China dedah asal usul sebenar Covid-19 di Wuhan

Pemandu Mercedes terkejut kena potong dengan MyVi pada kelajuan 172 km/j

Bumi didapati berputar lebih cepat, saintis dedah kesannya kepada kita