Individu hilang status vaksin lengkap 1 April masih boleh kunjungi pusat beli belah

Individu hilang status vaksin lengkap 1 April masih boleh kunjungi pusat beli belah. Individu yang bakal kehilangan status vaksinasi lengkap pada 1 April 2022 kerana belum menerima dos penggalak masih boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan ke atas individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, maklumat sejarah vaksin primer yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera masih kekal.

“Mereka masih boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan ke atas individu yang telah menerima vaksinasi lengkap seperti dine-in di restoran, memasuki pusat beli-belah, tempat kerja dan rumah ibadat.

“Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis perlu pastikan bahawa hanya pelanggan atau pengunjung yang telah sekurang-kurangnya melengkapkan vaksinasi dos primer dibenarkan masuk ke premis perniagaan, rumah ibadat dan lain-lain yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi warganegara yang hilang status lengkap vaksin.

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kumpulan individu yang akan kehilangan status vaksinasi lengkap dalam aplikasi MySejahtera ialah penerima vaksin Sinovac dan Sinopharm berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas.

Khairy dalam pada itu menegaskan SOP terbaharu itu bagaimanapun bukan bermaksud penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin berusia 60 tahun dan ke atas tidak perlu mendapatkan dos penggalak.

“Data penilaian yang dijalankan dalam kalangan penerima vaksin di Malaysia mendapati tahap perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 menurun sehingga 20 peratus bagi dua dos vaksin Pfizer dan 48 peratus bagi dua dos vaksin Sinovac dalam tempoh 3 hingga 5 bulan selepas vaksinasi primer.

“Pengambilan dos penggalak akan meningkatkan semula paras antibodi dalam tubuh, seterusnya boleh mengurangkan risiko gejala teruk akibat jangkitan COVID-19,” katanya. – AlHijrah Online

TONTON:

BACA:

Bekas pelajar dedah perangai sebenar Prof Roshana dalam kelas

“Saya dipenjarakan kerana sedekah RM200..”

Aksi porno pelakon dalam drama terbaru Erma Fatima dikecam netizen