Individu terkejut terjumpa mata kail dalam tin sardin, nasib tak mati tercekik
SELERA seorang pengguna untuk menikmati hidangan sardin dalam tin terbantut apabila dia menemui mata kail dalam produk tersebut.
Insiden tersebut dilaporkan di Facebook Phuboripok yang memuat naik kenyataan individu terbabit dan memaparkan gambar mata kail yang dijumpai dalam tin ikan sardin yang belum dibuka itu.
“Seorang pengguna yang hendak makan ikan dalam tin telah menemui objek asing seperti mata kail. Dia (pelanggan) menulis pesanan ringkas dengan menyebut tidak akan memaafkan kawalan kualiti (QC) 100 peratus.
“Sebagai tindak balas, pelanggan itu menyiarkan soalan bahawa adakah pengguna lain akan makan ikan jenama sama selepas mengalami pengalaman ngeri itu,” katanya dalam hantaran tersebut pada Isnin.
Sementara itu, warganet turut hairan dan mempersoalkan bagaimana mata kail tersebut boleh berada dalam tin tersebut.
Media baru-baru ini turut melaporkan seorang wanita Thailand menjumpai cebisan kaki tikus terapung dalam pes cili dengan jeruk ikan yang dibelinya di pasar di wilayah Prachin Buri.
Dia bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana benda asing tersebut boleh dalam botol berkenaan sehingga dimaklumkan bahawa ia adalah kaki tikus.